Sunday, October 31

zaman kecik kecik

sejak aku dok umah jadi penganggur ni, hari-hari aku gaduh dgn adik pompuan aku. umur dia sepuluh tahun. aku selalu berleter kat dia sebab dia selalu keluar main, dah senja baru ingat nak balik rumah. punya lah nakal. hari-hari aku bangun pukul 10.30 pagi, dia dah hilang. pukul tujuh baru balik. mane la aku tak hangin satu badan. tapi yang buat aku bertambah bengang, tiap kalu aku berleter kat adik aku mesti mak aku marah. dia cakap, 
'dulu ko tu lagi nakal! perangai mengalahkan jantan!'

haaa. kalau korang nak tau, memang time kecik-kecik dulu perangai aku mcm setan! suka dajalkan kawan-kawan yang lain. padahnya, diorang dok berdendam dengan aku sampai la sekarang ni. HA-HA. sedih betul! korang nak tau ape yang aku dajal diorang? jom, LAYANNN~


1. korang tau tak permainan kat atas ni ha, dulu aku dgn kekawan aku panggil menatang ni 'gayut-gayut'. tak tau la korang panggil pe kan. dulu time umur aku darjah 3, aku dengan geng aku selalu main dekat taman permainan kawasan rumah kitorang. selalu nya, kitorang main kejar-kejar. selagi tak semput, tak balik rumah. ada sekali tu, time kawan aku SARI *bukan nama sebenar main menatang gayut-gayut tu. lepas tu datang ideo setan dalam kepala hotak aku ni. aku tarik seluar dia, sekali dengan spenda dia. HA-HA. dah lah penuh budak-budak kat taman time tu. semua dok gelak pegang perut, termasuk la aku. SARI pulak, menangis tak henti-henti terus balik rumah.

sampai sekarang budak tu lari bila nampak aku,jahat perangai aku dulu!


2. korang tau kan pe menatang kat atas ni? kalau tak tau, meh sini aku kenalkan. ni nama dia 'jamban cangkung'. dulu time kecik-kecik, aku selalu ajak mebe aku 2 orang ni mandi dekat rumah aku. SARI dengan NOOR. tapi kalau korang nak tau, aku selalu menyetan dekat SARI je, aku pun tak tau nape. kesian budak hingusan tu. satu hari tu, kitorang bertiga mandi sama-sama. otak aku dah fikir camne nak menyetan si SARI ni. tetiba datang satu idea. aku cakap kat dorang, 'wehh, ade permainan baru, best gila!'. macam biase, diorang  eksaited nak tau. aku suruh SARI dok dekat dalam jamban tu. bukan cangkung akay, DUDUK. memula tu dia taknak, aku paksa jugak. membe aku lagi sorang ni dah tau aku ni saje nak menyetan SARI. lepas je SARI duduk dalam jamban tu, aku flush. HAAA. aku rasa korang dapat bayangkan kn? 

banyak lagi yang aku nak cerita. sekarang ni bila dah dok mengangkang kat rumah je, ada jugak la kawan-kawan time kecik dulu datang melepak. bukan apa, diorang bukak cerita pasal perangai setan aku dulu. HA-HA. cilake sungguh! okay lah , nak mandi ni. berpeluh dah ni. babaii.

:)