*Assalamualaikum . Selamat Hari Sabtu . Hello *
Semalam aku dengan BFF aku, Nabila Tarmizi pegi Stadium Hoki dekat Jalan Pantai untuk menyaksikan team lame kitorang (team SMKCP) masuk suku akhir lawan dengan SMK Seri Permaisuri n SMK Sains Selangor. Kitorang sampai agak lambat sebab aku TERbangun lambat, tunggu Cik Nabila tu lagi pukul 9.30 a.m baru sampai, lepas tu tunggu bas, naik komuter sampai KL Sentral, lastly naik LRT sampai Universiti. Sungguh jauh dan berliku perjalanan kitorang ye. Time kat LRT kitorang jumpa Jira (kechik), dengan muka die yang sangat-sangat lah masam mencuka. Semua salah Fara yang datang lambat, aku pun ajak lah kechik follow kitorang sekali. Lepas beberapa minit kitorang lepak dekat stadium, baru lah Fara sampai dengan Joe n Ghost (aku tak sure ape name die. HAHA)
Macam biasa lah, bila tengok perlawanan hoki mesti terjerit-jerit macm orang gila. Aku sangat-sangat lah eksaited sebab dah lame tak main Hoki. Jealous tengok diorang main, rase macam nak tukar baju aku dengan jersey yang diorang pakai tu. So boleh lah aku ganti diorang main dalam padang tu. hihi. Semalam aku seronok sangat sebab dapat jumpa dengan budak-budak team hoki aku dulu, Ezry, Nadia, Fara, Shuhaina, Pah, Kechik, Ziha n sape lagi entah. Jumpa cikgu Megat, aku tanye cikgu tu, "Cikgu ingat saye tak?" Lepas tu cikgu cakap, "Mesti lah ingat mata besar kamu tu". Haha jahat cikgu ni. Lepas tu tersempak dengan Cikgu Roshin (cikgu sekolah rendah aku). Cikgu cikgu, cikgu dah boyot! HAHA. Keputusan perlawanan semalam;
SMKCP -SMKSS (0-2)
SMKCP - SMKSP (1-0)
Shuhaina tengah buat flick time lawan dengan SMKSP
Team SMKCP bersorak kemenangan lawan dgn SMKSP
Dua orang gadis comel. BFF :)
Time balik pulak, cikgu ajak kitorang naik bas sekolah sekali dengan diorang. ape lagi, aku pun wohoo la. tak payah nak susahkan diri naik LRT,Komuter sume tu. Sampai je kat sekolah, aku masuk kejap, rinduu :') Lepas tu lepak dengan budak-budak hoki tadi kat kedai Bismi. Makan-minum-gosip-gelak2, lepas tu balikkk. Isnin ni diorang ade game lagi, Selasa pulak final. Tapi aku tak pergi kot. Sebab Nabila sekolah, takde sape nak teman aku. Okay lah i gtg nak mamam, thanks for reading yea. Byee :)
No comments:
Post a Comment