Tuesday, June 30

Kereta Pertamaku | My First Car

Assalamualaikum & Hai uols!


Harini nak cerita pengalaman beli my first car, hasil titik peluh di ketiak sendiri. 

Aku apply for Axia Advance masa November 2014 yang lepas, hujung Januari 2015 baru lah kereta aku keluar. Axia Advance, warna Lava Red (Metallic) , WB *** C. Masa tu ada team Perodua Sg Besi bukak booth kecil kat tepi tempat kerja aku ni, aku terus apply je sebab masa tu mmg dah ada niat nak apply loan kereta, cuma belum berkesempatan nak pergi showroom Perodua. Dah alang-alang diorg bukak booth tu, aku apply jelah terus. 

Masa nak apply loan tu, aku tak ambil lesen lagi. Family aku pulak takde sorang pun sudi nak jadi guarantor aku walaupun aku dah pujuk diorang dengan air mata pelesu. Kehkeh. Dokumen yang aku bagi memang semata-mata slip gaji je (& beberapa dokumen asas lain la). Masa isi borang order tu, abang tu asyik hasut aku supaya beli Myvi. Well maybe masa tu dah nak hujung tahun, so diorang nak kejar sales sebab nak bonus meletops -- kalau aku beli axia, lambat sikit dapat sebab kereta baru stok tak banyak so kena tunggu turn. Tapi aku cakap dengan dia, yg aku memang nak Axia. Lepas beberapa hari aku submit loan tu, ada orang dari cimb called kata yang loan dah lulus untuk Myvi. 

"Eh Myvi? Tapi saya apply for Axia." 

"Eh yeke? Agent awak submit loan awak untuk Myvi"

Sesuka hati dia je kan? Rasa macam nak _______ je. Haha. So aku call agent tu explain bebaik lagi sekali kat dia yang aku insist nak AXIA ADVANCE, WARNA MERAH! Lepastu submit lagi dan Alhamdulillah takde masalah, senang je lulus. Cuma nak tunggu stok kereta tu je yang lambat. Al-maklumlah masa tu kan Axia baru je diperkenalkan. Kena lah tunggu turn.


Why Axia? Why not Myvi? Soalan yang susah betul aku nak jawab. Soalan ni sama je macam soalan "Kenapa pilih Hussnor? Apa yang bagusnya pasal dia?". Susah gila tau nak jawab soalan mcm ni. Haha. Well sebenarnya kita tak perlukan specific reason untuk suka benda/orang. Macam mana nak explain eh? Love at first sight? Ataupun bila kau tengok benda/orang tu, hati kau suka sangat. Pahe dok? Ke tak faham? Bukannya aku tak suka Myvi, cuma nya kakak aku dah pakai Myvi. Kekawan pun ramai yang dah beli Myvi. So apa salahnya aku beli kereta lain kan? Kalau aku pilih Myvi, aku akan beli Myvi SE 1.5/ Extreme, sebab dah alang-alang membeli, aku memang akan pilih yang terbaik. Dari dulu aku memang minat Myvi SE kuning tu, tapi harga dia bukannya murah.

Lagi satu, matlamat asal aku cuma nak beli kereta murah. Sebabnya aku ni banyak komitmen, banyak lagi benda lain yang aku kena tanggung. Plan asal nak beli Myvi second-hand je. Tapi lepas fikir masak-semasaknya, lebih baik ambil kereta murah tapi full spec (Advance). Percaya atau tak, aku beli kereta ni tanpa test drive atau pun pergi tgk kereta kat showroom. Aku cuma google serba sedikit, dan aku rasa aku memang suka dan nak dekat kereta ni. Huhu. Aku ni memang jenis suka beli barang murah, tapi puas hati. Tak kisah la banyak mulut yang mengata aku beli kereta murah ke, pakai baju bundle ke, pakai kasut takde brand ke. Lantak pi lah orang nak kata apa pun. 



Pasal harga pulak, down payment 10% (RM4+++), bulanan RM460 for 9 years. Tak murah dan tak mahal. Memandangkan takde guarantor, kena bayar jugak lah down payment tu. 27 Januari 2015, kereta tu pun dah ready untuk diambil. Masa tu mak aku kat icu, so masa ambil kereta tu memang takde rasa excited sangat la. Gembira sikit-sikit je. Huhu.

Rasanya tu je kot yang aku nak cerita. Nak pilih kereta ni senang je, ikut kata hati, ikut budget sendiri. Jangan ikut nafsu semata-mata nak menunjuk dekat orang. Ye dak? 

18 comments:

  1. salam, dh dekat 2 thn pakai axia ni camane? bgla review sikit., hikhik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kereta tak pernah meragam lagi. Minyak sgt jimat. Long distance pun steady tak gegar walaupun tekan 140 km/h. So far sgt puas hati :)

      Delete
  2. seronok baca entri ni sbb kasi gambaran macam mana orang first ada niat beli kereta pertama :D thanks kongsi.

    ReplyDelete
  3. Kak, Axia ni servis2 dia mahal tak, sy ada perancangan nak cari second hand , nak tau mentenen punya cost dulu, terime kasih kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat ni service pun murah je :)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. berapa lama yaa you tunggu dapat kereta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan lebih sebab kena tunggu turn, axia baru je diperkenalkan masa tu :)

      Delete
  6. Sis,Kalo kite nak beli axis advanced Tu tapi nak Bayaran bulanan sebanyak rm 300 Tu agaknya deposit nak beraps???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry yang tu saya tak sure lah. Kena tanya authorised dealer :)

      Delete
  7. awak beli tak pakai lesen ke? boleh ke kalau apply loan tapi tkde lesen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah masa tu takde pakai lesen & guarantor pun. Tapi kena make sure ada deposit 10% & slip gaji kukuh

      Delete
  8. Akak,kalau xad guarentor mmg kne ad downpayment ke?

    ReplyDelete
  9. Insurance dgn deposit bayar lain ke camne?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, kalau student sesuai ka ambik myvi, deposit tu sy ada, bulan ii tu boleh bayar pakai gaji lalamove boleh dpt dlm 600 sebulan. Rasanya axia atau myvi buat sy yg masih student second year ni?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum nak tanya, kena gaji at least berapa baru boleh ambek axia ya?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak,.macam mana mak akak? Dah sihat ke?

    ReplyDelete