Wednesday, April 6

Merayappp :)

Selamat Hari Rabu para pembaca. Semoga korang semua sihat dan baik-baik belaka, Aminn. Sebenarnya aku takde kerajinan nak update blog ni. Tapi macam rajin, cuma malas sikit. Arghh ape aku merepek ni?  Okeh cukup-cukup la merapu, walaupun malas  tapi aku gagahkan jugak jari-jari aku ni menari dekat papan kekunci lappy ni. Act takde cerita menarik sangat pun nak diceritakan kat sini. Cuma nak cerita yang hari tu aku pergi Pusat Sains Negara (PSN) and merayap dekat Sunway Pyramid. Jeles tak jeles tak? tak? ala kena jeles jugak! *sambil hentak kaki buat muka comel :p 

*Eh kenapa mengada sangat ni. This is sooooo not me. Tak brutal langsung! HAHA 

Memula nak cerita pasal pergi PSN dulu. Di pagi hening Ahad lepas bersamaan dengan 3 April 2011, mak aku dapat kol dari Abg Lang. Die suruh kitorang bersiap cepat sebab die nak bawak kitorang pergi Pameran Dinosour kat PSN. Aku pun on jelah, memandangkan dah lame tak jejalan dengan family kann, daripada dok kat rumah sesorang macam orang bengong, lebih baik aku ikut diorang. Bila dah sampai tu, Homaigodd ramainye orang! Masing-masing taknak kalah, masing-masing nak bawak anak-anak tengok dinosour. Haishh sosak napeh eden. =.=


          
                        Helppp! Dinosour nak gigit saye!                                  With my lovelyyy mom :)


Cukup lah cerita pasal PSN. Keesokan harinya (2 April 2011), aku keluar meet my coursemate (Liya, Simaa, Nil, Rifaa, Cha) dekat Sunway Pyramid. Kitorang memang dah rancang dua minggu lepas, and of course lah event utama kitorang --> ice skating! wee best best! dah lame kot tak main ice skating. Lawak sangat tengok diorang main, terutamanya Cha. macam budak baru nak bertatih doh. And kelakar sangat bila ada yang jatuh, gedebuk macam nangka busuk. Lepas main ice-skating kitorang tengok movie Sucker Punch, boleh tahan lah jugak cerita tu :)


     
I erkk themm <3                                             Ice-skating best! :D

Seronok sebab budak-budak kelas aku hampir separuh budak KUALA LUMPUR dan SELANGOR. So bila nak keluar, halo halo je. Mesti on punyaa. Act, Eqien pun keluar sekali dengan kitorang. Tapi disebabkan die bawak boyfie die, so die pun date dengan pakwe die, tak join kitorang. Takpe, dimaafkan sebab hari tu birthday pakwe die. Haa btw, Happy Birthday,Rahman! Okay dah takde ape nak mengarut lagi. Thanks for reading yea, Boiboiii :D

* Adoh tetibe teringat final dah dekat. Goyang lutut gua doh. Tapi malas nye lah nak study. =__________=

Saturday, April 2

Hoki :)

 *Assalamualaikum . Selamat Hari Sabtu . Hello *

Semalam aku dengan BFF aku, Nabila Tarmizi pegi Stadium Hoki dekat Jalan Pantai untuk menyaksikan team lame kitorang (team SMKCP) masuk suku akhir lawan dengan SMK Seri Permaisuri n SMK Sains Selangor. Kitorang sampai agak lambat sebab aku TERbangun lambat, tunggu Cik Nabila tu lagi pukul 9.30 a.m baru sampai, lepas tu tunggu bas, naik komuter sampai KL Sentral, lastly naik LRT sampai Universiti. Sungguh jauh dan berliku perjalanan kitorang ye. Time kat LRT kitorang jumpa Jira (kechik), dengan muka die yang sangat-sangat lah masam mencuka. Semua salah Fara yang datang lambat, aku pun ajak lah kechik follow kitorang sekali. Lepas beberapa minit kitorang lepak dekat stadium, baru lah Fara sampai dengan Joe n Ghost (aku tak sure ape name die. HAHA)

Macam biasa lah, bila tengok perlawanan hoki mesti terjerit-jerit macm orang gila. Aku sangat-sangat lah eksaited sebab dah lame tak main Hoki. Jealous tengok diorang main, rase macam nak tukar baju aku dengan jersey yang diorang pakai tu. So boleh lah aku ganti diorang main dalam padang tu. hihi. Semalam aku seronok sangat sebab dapat jumpa dengan budak-budak team hoki aku dulu, Ezry, Nadia, Fara, Shuhaina, Pah, Kechik, Ziha n sape lagi entah. Jumpa cikgu Megat, aku tanye cikgu tu, "Cikgu ingat saye tak?" Lepas tu cikgu cakap, "Mesti lah ingat mata besar kamu tu". Haha jahat cikgu ni. Lepas tu tersempak dengan Cikgu Roshin (cikgu sekolah rendah aku). Cikgu cikgu, cikgu dah boyot! HAHA. Keputusan perlawanan semalam;

SMKCP -SMKSS (0-2)
SMKCP - SMKSP (1-0)

Shuhaina tengah buat flick time lawan dengan SMKSP

Team SMKCP bersorak kemenangan lawan dgn SMKSP

Dua orang gadis comel. BFF :)

Time balik pulak, cikgu ajak kitorang naik bas sekolah sekali dengan diorang. ape lagi, aku pun wohoo la. tak payah nak susahkan diri naik LRT,Komuter sume tu. Sampai je kat sekolah, aku masuk kejap, rinduu :') Lepas tu lepak dengan budak-budak hoki tadi kat kedai Bismi. Makan-minum-gosip-gelak2, lepas tu balikkk. Isnin ni diorang ade game lagi, Selasa pulak final. Tapi aku tak pergi kot. Sebab Nabila sekolah, takde sape nak teman aku. Okay lah i gtg nak mamam, thanks for reading yea. Byee :)