Friday, November 26

cepatnya masa berlalu

berdasarkan tajuk kat atas ni, aku yakin ramai yang setuju dgn aku. cepat nye lah masa berlalu. rase macam baru je minggu lepas aku berdebar nak amek UPSR. sekarang ni umur aku lapan-belas-tahun. lagi sebulan lebih, dah masuk sembilan-belas-tahun. tak lame lepas tu, dah jadi remaja 20-an pulak. hadoiii. T_____T


aku paling rindu kat zaman time kecik-kecik dulu. kawan-kawan pun ramai. noor, jana, a'are, iwan, nita, aisyah n ramai lagi lah. time tu kitorang ni satu geng, and aku ni kepala diorang. huhu. time tu kalau aku nak pegi mana-mana pun, diorang kena ikut. aku ni pulak suka bawak diorang jauh-jauh. tempat yang kitorang selalu pergi dekat jj, kompleks belia dgn taman tenaga. memang best. rindu zaman tu. zaman main doktor-doktor, main nyanyi-nyanyi, main kejar-kejar, main kawen-kawen. haha. precious moment kott. rinduu. :)


kalau nak dibandingkan zaman sekolah rendah dgn sekolah menengah, aku lebih rindukan zaman sekolah menengah dekat SMKCP. time batch aku masuk sekolah tu, sekolah tu baru je bukak. kira nya kitorang ni first batch la. tu yang best gila tu. budak-budak batch aku ni pun sewel + gila-gila. memang tak rase malas pun nak pergi sekolah. walawehhh, betul ke statement aku tu? hahaha.




cerita pasal sekarang ni pulak, umur aku dah lapanbelas. lagi dua hari aku dah sambung belajar dekat poli. lepas tu dapat diploma. lepas tu keje. lepas tu kawen. lepas tu umur dah tigapuluh. erkk. tak sukanya angka tigapuluh tuu. lepas tu dah tua. dah menggelebeh sana, menggelebeh sini.  T_____T

Friday, November 12

i erk you

i erk you? ape ke bende nye tu? hehe. aku tau ramai yang tak paham title entry kali ni. kalau nak tau lebih lanjut, teruskan la baca entry ni sampai habis okay? 

aku rasa korang pernah tengok iklan rokok membahayakan kesihatan kat tv3. latar iklan tu dekat sebuah hospital. plot iklan tu pulak, diorang tunjuk nasib-nasib si perokok yang mendapat macam-macam penyakit. haa. pernah tengok kan?? hmm. sebelum ni, setiap kali aku tengok iklan tu mesti air mata aku menitik. ye, setiap kali! sedih kot tengok iklan tu. tapi lepas dapat tau pasal 'i erk you' ni, tiap kali aku tengok iklan tu mesti aku gelak. nak tau kenapa?



semalam member aku datang rumah. punyalah banyak cerita dia, sampai aku pun nak termuntah dengar satu-satu. huhu. tetibe die bukak cerita pasal i erk you ni. aku tanye lah, amende i erk you tu? lepas tu die pun cerita lahhhh;"ko pernah tengok iklan rokok kat spital tu kan? kan ade orang cina yang dapat penyakit mulut. die cakap kat anak die i erk you sambil nanes. i erk you = i love you."

HAHAHA. lawak kot. maybe bg korang tak lawak, tapi entah la. time die cerita tu aku gelak berguling-guling kot. hehe. k bye. sory lah kalau entry ni bosan :)

Thursday, November 11

kehilangan

assalamualaikum semua. hari ni aku nak cakap pasal kehilangan orang yang tersayang. kehilangan ibubapa, adik beradik, suami atau pun boyfriend. apakah rasanye bila orang yang kita paling sayang pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya. aku tak dapat bayangkan sebab setakat ni, aku tak pernah berdepan dengan berita kematian orang yang aku sayang. hmm. tadi aku bukak facebook, ada 'friend of friend' yang buat album kenangan bersama arwah. arwah merupakan boyfriend budak ni and meninggal tiga hari lepas disebabkan kanser. alfatihah.


mak aku cakap, tak baik meratapi orang yang dah pergi. memang betul, tapi sebagai manusia biasa kita mesti terasa kehilangan dan sebak sangat-sangat. tadi bila aku tengok sume gambar kat album kenangan bersama arwah, aku dah sebak. aku terfikir macam mane lah kalau aku ade kat tempat dak ni. huh. tak sanggup nak bayangkan. apatah lagi aku ni jenis tak ramai kawan. tempat mengadu pun sikit. kalau yang sikit ni pergi tinggalkan aku, kat sape lagi aku nak mengadu. baru-baru ni mak dgn ayah aku asyik cakap pasal mati. hmm. tolong lah, aku sedih sangat. 

aku sendiri pun, tak tau bila ajal nak menjemput. petang ni? esok? minggu depan? tahun depan? hanya Allah yang tahu. ye, aku hamba Allah yang lemah dan sering melakukan kesilapan. amalan aku tak cukup. tak layak nak jejak syurga. aku takut. sekarang ni banyak berita kiamat sudah dekat. ramai kawan-kawan aku sudah berubah. ramai jugak yang terus bangga melakukan dosa. aku? aku sedang muhasabah diri. bila nak bertaubat? bila nak menutup aurat? bila nak buat amal? insyaAllah, aku akan berubah sikit demi sikit. 

pernah tak korang alami benda ni; korang dah temui cinta sejati dan merancang untuk berkahwin. kalau pernah, korang ada bayangkan tak yang sebelum korang menjadi suami isteri salah sorang daripada korang pergi menghadap ilahi? aku rasa tak ramai yang fikir benda ni sebab tu banyak terjadi kes zina dan ramai anak luar nikah lahir kat dunia ni. sebab pasangan tu yakin yang diorang akan berkahwin,so pe salah nye diorang berzina dulu kan? huhu. aku agak je la. k la, da banyak aku merepek ni. bye :)

Monday, November 1

i'm old enough :)

Hai semua! korang pernah tengok tak cerita i'm old enough versi jepun kat tv3? aku suka sangat tengok cerita tu! act, bukan lah cerita pun. tapi mengintip kanak-kanak yang kebanyakannya berusia lingkungan 3-5 tahun pergi shopping tanpa mak bapak diorang. korang tau lah, budak-budak jepun comel belaka. aku ni dah lah suka budak-budak. geram je bila tengok cerita tu. sengih sorang-sorang. HUHU.


tengok jela budak jepun kat atas ni. comel kan? kebanyakan budak-budak jepun, pipi diorang, tembam! 
rasa nak cubit-cubit je! HA-HA.

 aku rasa memang takde masalah sangat orang jepun wat tv-show macam ni. sebab dekat jepun tu, diorang memang ikut peraturan bila di jalan raya. kalau nak melintas, tunggu lampu untuk pejalan kaki bertukar jadi hijau. HAA, diorang ni sejak pra-sekolah lagi dah dididik cikgu diorang untuk melintas jalan dengan cara yang betul. diorang ada sesi di luar kawasan sekolah. kira macam amali la. 


aku bayangkan, kalau kat malaysia ni buat tv-show macam i'm old enough ni, belum sempat sampai kedai lagi, dah kena langgar moto/kereta agaknya. hehe. aku agak-agak je. yelah, budak-budak kat malaysia ni, kalau melintas bukannya diorang pandang kiri kanan pun. main pakai redah je. seram pulak aku tengok.

hmm. ok lah, tak tau nak merepek apa lagi. kalau korang nak tengok cerita ni, bukak la TV3 setiap hari ahad, pukul 6 ptg. okay? adios amigos-