Friday, December 31

31 DISEMBER 2010

Happy Friday,readers. hari ni cuti sebab Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia dalam perlawanan bola sepak Ahad lepas. hari ni merupakan holiday yang heaven gilaa. aku tido sampai pukul 10.30 a.m. memang bahagia tahap cipan dapat qada tido aku yang selama ni cuma enam jam sehari. haha.

hari ni hari terakhir dalam kalendar tahun 2010. aku tak gembira. aku sedih. sebab umur aku akan jadi bertambah lagi satu angka. tak suka nyeee. nak jadi budak kecik je boleh tak? tak best lah jadi budak besar yang konon matang ni. banyak masalah. tak larat nak fikir satu demi satu. sejak aku masuk PSIS, aku gembira memanjang. jarang nak fikir masalah segala. hidup sentiasa busy dengan kuliah and assignment yang berlambak. dengan kawan kawan pun setakat ni takde masalah. aku harap sepanjang aku study kat sini, aku taknak gaduh dengan sape sape pun. aku nak jadi budak baik yang sentiasa comel. hahaha *gila perasan.

sebenarnya aku tak tau nak merepek ape dalam ni. seriously, idea kering kontang. aku sedih sekarang ni. sambut new year dekat bilik hostel je. dengan period pain nye lagi. hadoi. azab weh, azabbbb. tapi nak buat macam mana lagi kan. dah nasib aku tak dapat rasa gegaran bunga api Flat Sri Sabah tahun ni. hmm. macam biasa lah, masuk je tahun baru semua orang nak buat azam baru. walaupun azam tu tak pernah menjadi kan.tapi aku nak try jugak. so, nahhhh. ni azam tahun 2011 aku ;

-nak jadi budak baik dan comel.
-nak jadi budak rajin.
-nak berkawan dengan semua orang.
-nak jadi lebih baik dari sebelum ni.

simple and easy. tu je azam aku. kalau buat azam beria tapi tak buat, tak guna jugak kan? so lebih baik aku cuba buat yang simple macam kat atas tu. simple tapi susah nak buat. AKU AKAN CUBA SEBAIK MUNGKIN. 

hmm. semalam aku tergerak hati nak baca blog seorang kawan lama aku. ye, kawan lama. tapi disebabkan salah faham, kitorang dah tak berkawan. aku terbaca satu entry dia, dia tulis pasal aku lagi. ye, aku yakin dia cerita pasal aku. entry tu panjang gila. aku copy and paste satu perenggan kat sini.

"Kes ni memang dah lama jadi tapi boleh kate setiap hari aku fikir. Aku tak nak gaduh dengan kau sampai mati. Aku tak nak kubur aku sempit hanya sebab kau tak maafkan aku. Aku tak nak kubur aku berasap hanya sebab dosa aku dengan kau. Aku rase kau dah sedia maklum yang dosa kite dengan manusia Allah tak tolong. Biar lah aku buang ego aku, mintak maaf dengan kau kan. Kalau memang salah aku, takpe aku mintak maaf. Tapi biar lah aku make it clear."

okay, aku nak komen sikit apa yang kau tulis. first, aku dah lama lupa pasal tu. aku sendiri taknak kita gaduh sampai macam ni. aku pernah anggap kau kawan aku. kau pernah jaga aku time aku demam kat teknik dulu. ye, aku tak pernah lupa yang tu. sampai sekarang, aku tak tau sape yang salah. aku malas nak fikir, mmg dah lama aku buang benda tu dari kepala otak aku ni. aku dah taknak ingat semua tu. tapi since kau bukak balik cerita ni, aku pun nak make it clear jugak. start pukul 12.00 malam ni, aku dengan kau dah 0-0. aku tak kenal kau, and kau pun tak kenal aku. sejak kita gaduh, banyak yang bukak mata aku. aku mula kenal sape kawan, sape lawan. aku dah tau sape antara kawan kawan kita yang sebenar nye hipokrit and batu api. diorang tu bukan kawan. tak layak digelar kawan. kalau diorang tu kawan, diorang akan bantu kita berbaik semula. tapi apa yang diorang buat? diorang jadi batu api. hipokrit. thanks lah 'kawan kawan'. aku kenang 'jasa' korang

so sempena Tahun Baru ni, aku dah maafkan korang and aku jugak mintak maaf kalau aku ada buat salah. anggap lah kita tak pernah kenal. byee :)

Wednesday, December 15

layakkah aku?

title entry kali ni agak poyos. haha. hari ni aku telah melalui hari yang sangat busy dan padat. penat tak terhingga wohh. hari ni macam biasa kelas bermula pukul 8.00 a.m sampai 1.15 p.m. lepas tu balik bilik bersiap-siap. hari ni merupakan hari pertama kitorang kena menghadiri polibriged. perghhh. rasa malas di hati ni dah bertempek-tempek. dah lah kena berkawad pulak tuh! haihhhhhhh.

MALAS NYEEEE WEHH!!!

pukul 2.15 p.m semua budak dah bertenggek kat tempat berkumpul. lama gak lah nak kena tunggu doe. agaknye kalau aku basuh baju yang melimpah-limpah dalam baldi aku tu, dah siap bilas and dah kering dah pun kot? haha. err. ape la aku merepek nih. =___='

hmm. lepas tu bila lecturer dah sampai, kitorang semua kena masuk dewan syarahan. YESS! tak payah berkawad minggu ni. weeee :D . En.Rizal cakap hari ni cuma kena lantik PENGHULU and PENGHULUWATI. oh, bagus nyee, boleh rileks2. dah lah malam ni ada kelas tambahan matematik. penat nyee lah haihhh. lepas dah pilih penghulu, diorang nak pilih penghuluwati pulok, AKU TAK SANGKA AKU JADI CALON KE-2. hadoiii. lemah lutut aku doe. ngok ngek betul lah mamat yang calonkan nama aku tu. time nama aku kena sebut, riuh dewan syarahan tu dengan suara lelaki yang berbunyi 'WOOOOOO'. err. famous kah aku? haha. perasan lah kau makcik! aku tak faham kenapa diorang semua teruja gila nak mengundi aku. dah lah calon-calon kena membebel kat depan, turn aku nak membebel terus riuh dewan tu. hadoi. jejaka dan jejaki, teruja sangat ke nampak muka aku? haha. time diorang riuh tu, dengan slumber nye aku cakap;


 "siape yang nak cakap sekarang ni?"


 perghhh. padahal tangan dah menggeletar pegang microphone. HAHAHA. AND BERTAMBAH TAK SANGKA ANTARA 3 ORANG CALON, AKU YANG DILANTIK MENJADI PENGHULUWATI. hoi hoi. aku ni tak layak doe. haha. harap korang semua tak menyesal okay? and thanks banyak banyak banyak kepada semua orang yang angkat tangan untuk mengundi aku. 'cehh, dah macam menang pilihanraya politik je! poyo gila!' HAHAHAHAH.

aku yang serabai gila bengong sakai ni jugak yang korang pilih kan?
heeeeee. thanks! korang dah buat aku lulus polibriged. muahh sikit! :D


janji manis : sayee akan berusaha menjadi penghuluwati yang bertanggungjawab. hee.

Friday, December 10

life at PSIS

hai korang. dah lama aku tinggalkan dunia blogger ni. rindu aw aw aww. haha. entry kali ni aku nak ceritakan tentang kehidupan aku yang sudah bergelar siswi kat PSIS selama dua minggu ni. teruskan lah bace okay?

bagi siapa2 yang tak tau,PSIS ni singkatan dari Politeknik Sultan Idris Shah. time memula datang sini, kepala otak aku asyik fikir "pehal la jauh sangat tempat ni dari pekan". tempat ni terletak 20 km dari pekan.  dapat bayangkan tak? dah lah takde public transport pulak tu. hadoiii. tapi nak tau tak apa yang best? dalam poli ni ada tasik. belakang poli ni pulak ada pantai nelayan. perghhh. best siot. i like like like like. bhaha. :DD

dua hari pertama kat sini, aku takde kawan sangat. padahal orang lain semua dah ade geng masing2. takde sape pun nak kawan ngan aku. kesian sungguh. tapi lepas tu baru lah aku rapat dengan Lia, Zati, dengan Eicha. kitorang rapat time MSK. minggu yang sangat sangat memenatkan. then lepas dah habis minggu suai kenal, aku rapat dengan roomate aku, Dip dgn Huz. diorang ni GILA. haha. aku tak tipu. bilik aku sentiasa riuh. and ramai yang suka datang melepak kat bilik aku, termasuklah Eqien dgn Nil. diorang ni pun lebih kurang sama gak, GILA. memang best kawan dengan diorang. tapi yang peliknya, bagi aku diorang ni gila. bagi diorang pulak, aku yang GILA. bukan gila sikit2, GILA BABI woo. bhaaha. ape yang aku cakap, mesti dorang gelak. entah apa yang lawak, aku pun tak tau. =.='

semalam budak2 kelas aku memang hebat gila. kitorang buat projek kat bengkel paip dengan memakai BAJU KURUNG. dapat bayangkan tak? HAHA. gila ah. pelik semacam je. budak2 sem 2 pandang pelik je. aku tau, diorang mesti gelakkan kitorang. sakai gila ah. tapi walaupun pakai baju kurung, kitorang semangat gila buat projek tu. memang best ah. sampai budak kelas aku ade yang cakap;

"DIA NI BADAN JE KECIK, TAPI KUAT"

cehh. jangan salah paham, diorang bukan puji aku. tapi perli je kot. haha. jahat betul. tapi serius, aku betul2 semangat buat projek semalam tu. sebelum ni kat sekolah teknik jarang sangat masuk bengkel. agak jeles dengan budak vokasional. sekarang ni baru berkesempatan buat projek best2. mintak2 la kerajinan aku ni berterusan. hehehe.

sekarang ni aku nak cerita pasal pagi tadi pulok. pagi tadi semua orang kena buat English group presentation. aku satu group dengan Dip, Huz, Nil dengan Eqien. kitorang kena berlakon pasal hari pertama dekat PSIS. memang lawak gila. sumpah tak tipu. and yang paling penting, sejak aku masuk sini aku jadi berani nak buat sesuatu. contohnya mengendalikan mesin and bercakap depan satu kelas. ni satu perubahan yang baik. and aku harap lepas ni takde masalah. sebab aku nak jadi orang biasa. orang normal macam orang lain. berkawan dengan semua orang and taknak gaduh dengan sape2.

'AKU BUDAK BAIK. CUBA UNTUK JADI LEBIH BAIK DAN SETERUSNYA MENJADI YANG TERBAIK'

mak, please pray for me. i love you (: