Monday, December 12

Bersyukur

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak share kegembiraan aku dengan korang. Alhamdulillah, i've got the dean list again. Bersyukur dan tak sangka sangat-sangat. Sem dua yang agak stress dah berlalu dan memberikan hasil yang sangat membanggakan parents aku. Cuma ada satu subjek je *MEKANIK STRUKTUR aku dapat B+, yang lain A dan ada dua subjek yang A- . Aku takmo printscreen result aku, sebab nanti orang cakap aku takbur. Thanks dekat Athirah Baharin sebab bagi aku link nak tengok result tu ya :)




Serius, memang di luar jangkaan. Sem dua ni memang susah dan aku tertekan gila. Sampai roomate aku pun ada cakap - 'tak pernah tengok kau study gila-gila macam ni'. Dinding sebelah katil aku penuh dengan nota konkrit n kontrak. Dinding sebelah meja study pulak penuh dengan nota mekanik n survey. Asal celik je mata dok baca nota. Wuuuwuuuu tak sangka gila aku rajin macam ni. Sem ni bila dah dekat nak final aku dok study sampai 2 pagi. Kalau tido awal pun, pukul 4 pagi aku dgn roomate aku dah bangun nak study. Actually ni bukan rajin, tapi study last minute. Nak habiskan semua topik sebelum exam bukannya senang. Lagi dua hari nak exam tu la baru nak pergi pinjam nota orang lain. Haihh terukkk perangaiii T___T





Thanks ye kat sapa-sapa yang ucap tahniah dekat aku. Tahniah jugak kat korang. Kita dah sama-sama usaha, so kita redha jela ye dengan result kita. Buat camane pun gitu jugak lah result kita, takkan berubah. Masih ada lagi 4 sem nak kena pulun, 4 sem lagi nak kena perah otak. Takutnyaaaa =..='

Yang paling aku terharu, subjek CC201 -Engineering Survey 2 aku dapat A. Tau tak subjek tu killer? Hmph bukan nak berlagak ke apa, tapi aku betul-betul terharu. Sebelum exam tu lecturer survey ada text aku, dia cakap - 'Buat elok2 yea kartini. Anda adalah antara calon harapan untuk dpt 4 flat'. Alhamdulillah mulut dia masin. Thanks sebab percaya kat saya ye En.Izzuddin, En.Saiful dan En.Ibrahim :)






*DKA3B dan DKA3A, Sem 3 ni kita usaha sama-sama ya. 
Gambateh! Good Luck kat semua :DD


Tuesday, December 6

Saengil Chukha Hamnida ♥



Salam. Post ni khas ditujukan buat anak buah aku, Nur Fildzah Nazifa dan juga my best friend forever, Nabila Tarmizi.

Happy Birthday, dear. May this year be your best ever. Hope your birthday blossoms into lots of dreams come true. I love two of you and i always do >.< Sorry sebab letak gambar muka yang sememeh macam tu. Actually tu gambar dua tahun lepas kalau tak silap. Aku letak je lah apa yang ada, sebab nak amalkan recycle dalam kehidupan seharian *puii. Haha




Diorang ni lah birthday girls. Comel je dua-dua ni. Dua-dua aku sayang tau. Sorry sebab tak dapat nak hadiahkan Lamborghini atau pun Ferrari kat korang. Tunggu aku dah kaya nanti, baru lah boleh bagi hadiah rumah barbie mainan sorang sebijik. Hihi. Insyaallah esok kalau ada duit lebih aku bagi Cadbury ya 

6 Disember 2011 - May today be filled with sunshine and smiles, laughter and love. ^___^

Thursday, December 1

Resepi #1 - Puding Trifle

Hai peeps, hello Thursday and welcome December! Disebabkan cuti semester kali ni pendek, so aku tak kerja. Bila aku tak kerja, aku sangattttt lahhh bosannnnnnnnn.


Aku rasa macam nak belajar memasak. Tetttt!


Haaa semalam kemain lagi search macam-macam resepi kat google. Setelah berjaya mengumpul seberapa banyak resepi, hari ni aku mulakan resepi yang pertama - PUDING TRIFLESo hari ni, my'olls nak ajar u'olls buat puding triffle ye. U'olls sila sediakan pen dan buku nota untuk catat resepi ya. Hihihi. First sekali mesti sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Kesemua bahan tak sampai RM50 pun, murah dan senang je nak cari.

1 cawan tepung kastard
3 cawan air
1 tin susu cair
Gula dan garam secukup rasa
 1 tin buah-buahan campur
1 peket agar-agar
Kek / kek gulung

#1 Potong kek mengikut saiz bersesuaian dan susun di dalam bekas.
#2 Masak susu cair, gula, garam dan masukkan tepung kastard. Gaul berterusan 
sehingga bancuhan betul-betul pekat.
#3 Tuang bancuhan kastard tadi ke dalam bekas yang telah disusun kek dan ratakan.
#4 Susun buah-buahan mengikut kreativiti di atas lapisan kastard tadi ( buang air buah )
#5 Panaskan agar-agar dengan air mengikut sukatan yang betul. Kemudian tuang bancuhan
 agar-agar ke atas lapisan kastard dan buah. 
#6 Simpan kat dalam peti sejuk. Selepas 3-4 jam, boleh di makanggg :D


Cantik n sodapp :D

So how was it? Cun gila kan? Rasa dia sedap gilaaaa wehhh. Kakak aku yang ajar buat puding ni, aku tak refer resepi google pun. Serius senang je nak buat. Puding ni ada tiga lapisan - lapisan kek, kastard dan agar-agar. Bila masuk mulut, yummy and tummy very happy. Hewhew. Sesiapa yang tak faham jangan segan-segan nak tanya okay. Sharing is caring. Ringan-ringan kan tangan tu mencuba n good luck ya! >.<





*Lepas ni nak try buat kek oren, mini cheesecake, donat, kek coklat. 
Aaaa macam-macam lagi la. Rambang mata dah ni. Hoho :O