Tuesday, June 30

Kereta Pertamaku | My First Car

Assalamualaikum & Hai uols!


Harini nak cerita pengalaman beli my first car, hasil titik peluh di ketiak sendiri. 

Aku apply for Axia Advance masa November 2014 yang lepas, hujung Januari 2015 baru lah kereta aku keluar. Axia Advance, warna Lava Red (Metallic) , WB *** C. Masa tu ada team Perodua Sg Besi bukak booth kecil kat tepi tempat kerja aku ni, aku terus apply je sebab masa tu mmg dah ada niat nak apply loan kereta, cuma belum berkesempatan nak pergi showroom Perodua. Dah alang-alang diorg bukak booth tu, aku apply jelah terus. 

Masa nak apply loan tu, aku tak ambil lesen lagi. Family aku pulak takde sorang pun sudi nak jadi guarantor aku walaupun aku dah pujuk diorang dengan air mata pelesu. Kehkeh. Dokumen yang aku bagi memang semata-mata slip gaji je (& beberapa dokumen asas lain la). Masa isi borang order tu, abang tu asyik hasut aku supaya beli Myvi. Well maybe masa tu dah nak hujung tahun, so diorang nak kejar sales sebab nak bonus meletops -- kalau aku beli axia, lambat sikit dapat sebab kereta baru stok tak banyak so kena tunggu turn. Tapi aku cakap dengan dia, yg aku memang nak Axia. Lepas beberapa hari aku submit loan tu, ada orang dari cimb called kata yang loan dah lulus untuk Myvi. 

"Eh Myvi? Tapi saya apply for Axia." 

"Eh yeke? Agent awak submit loan awak untuk Myvi"

Sesuka hati dia je kan? Rasa macam nak _______ je. Haha. So aku call agent tu explain bebaik lagi sekali kat dia yang aku insist nak AXIA ADVANCE, WARNA MERAH! Lepastu submit lagi dan Alhamdulillah takde masalah, senang je lulus. Cuma nak tunggu stok kereta tu je yang lambat. Al-maklumlah masa tu kan Axia baru je diperkenalkan. Kena lah tunggu turn.


Why Axia? Why not Myvi? Soalan yang susah betul aku nak jawab. Soalan ni sama je macam soalan "Kenapa pilih Hussnor? Apa yang bagusnya pasal dia?". Susah gila tau nak jawab soalan mcm ni. Haha. Well sebenarnya kita tak perlukan specific reason untuk suka benda/orang. Macam mana nak explain eh? Love at first sight? Ataupun bila kau tengok benda/orang tu, hati kau suka sangat. Pahe dok? Ke tak faham? Bukannya aku tak suka Myvi, cuma nya kakak aku dah pakai Myvi. Kekawan pun ramai yang dah beli Myvi. So apa salahnya aku beli kereta lain kan? Kalau aku pilih Myvi, aku akan beli Myvi SE 1.5/ Extreme, sebab dah alang-alang membeli, aku memang akan pilih yang terbaik. Dari dulu aku memang minat Myvi SE kuning tu, tapi harga dia bukannya murah.

Lagi satu, matlamat asal aku cuma nak beli kereta murah. Sebabnya aku ni banyak komitmen, banyak lagi benda lain yang aku kena tanggung. Plan asal nak beli Myvi second-hand je. Tapi lepas fikir masak-semasaknya, lebih baik ambil kereta murah tapi full spec (Advance). Percaya atau tak, aku beli kereta ni tanpa test drive atau pun pergi tgk kereta kat showroom. Aku cuma google serba sedikit, dan aku rasa aku memang suka dan nak dekat kereta ni. Huhu. Aku ni memang jenis suka beli barang murah, tapi puas hati. Tak kisah la banyak mulut yang mengata aku beli kereta murah ke, pakai baju bundle ke, pakai kasut takde brand ke. Lantak pi lah orang nak kata apa pun. 



Pasal harga pulak, down payment 10% (RM4+++), bulanan RM460 for 9 years. Tak murah dan tak mahal. Memandangkan takde guarantor, kena bayar jugak lah down payment tu. 27 Januari 2015, kereta tu pun dah ready untuk diambil. Masa tu mak aku kat icu, so masa ambil kereta tu memang takde rasa excited sangat la. Gembira sikit-sikit je. Huhu.

Rasanya tu je kot yang aku nak cerita. Nak pilih kereta ni senang je, ikut kata hati, ikut budget sendiri. Jangan ikut nafsu semata-mata nak menunjuk dekat orang. Ye dak? 

Thursday, May 28

#husnolyEday

Assalamualaikum semua! 

Harini nak cerita pasal #husnolyEday bulan lepas (ye aku memang suka cerita benda yang basi pun). Walaupun sebenarnya pertunangan tu tak berapa baik kalau dihebahkan, tapi aku nak jugak abadikan cerita tu kat sini (sebab aku tau takdak sapa pun baca blog ni. Lebih lebih lagi bila dah tukar url blog ni). Bila dah tua kerepot nanti boleh lah baca sesama dgn suami (insyaAllah) lepastu keluar la dialog "Abg ingat tak masa majlis tunang kita, bla bla bla", tak ke romantik gitu? Ke rasa nak muntah? Hahaha.  

Anyways, kitorang bertunang 5 April 2015 haritu dekat dewan bawah blok. Almaklum lah rumah I kecik je tak muat nak sumbat ramai orang. Plan semua last minute dan buat serba sederhana je. Hampir semua benda diy atau pun idibm (i did it by myself) gitu. Sewa barang pelamin kat yourdiyprojectsupplies lepastu pasang sendiri dgn harga yang sgt murah which is cuma RM160 satu set pelamin mini, hantaran semua hasil idea aku & mak aku, baju pulak beli yang ready made je & sangat simple dari Lesung Creation kat Ampang Park. Tudung/veil aku pakai wide shawl biasa tapi aku jahit sulam (sulam kecik cantum jadi besar) dekat bahagian hujung shawl tu. Makeup pulak FOC sebab mak andam tu merupakan kakak aku sendiri (kakak aku bekas mak andam). Huhu. Itu je. Simple.

Majlis ni cuma dihadiri keluarga dan 4-5 girlfriends sebab memang taknak heboh pasal pertunangan ni and lagi satu memang nak buat majlis ni secara tertutup je. Tapi kekonon je taknak heboh. Dunia sekarang ni semuanya dihujung jari. Ada je yang gatal tangan update kat fb insta twitter. Lepastu ramai yg merajuk sebab tak jemput. Alolo :(

Kalau diikutkan, nak tunang masa hari nikah je, tak payah buat majlis banyak kali kan? Tapi akhirnya buat jugak atas permintaan mak HMF, nak buat majlis tunang bulan dalam bulan April tu.  Ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung jari kaki kalau ada yang terasa hati sebab aku tak jemput. Sorry guys T.T nanti majlis kawen mesti aku jemput punya lah!  



Bakal mil kita.  InsyaAllah 











by Norliyana Kartini Usman ♥

Saturday, May 23

BERSYUKUR

Assalamualaikum!

Dah lama betul tak merepek kat blog ni. Rasanya macam dah takde orang pun nak bukak blog ni. Haha! Takpe biar aku baca sendiri je nanti. Tsk

So topik yang aku nak cerita harini -- BERSYUKUR.

Tipu lah kalau aku cakap aku tak pernah mengeluh. Selalu sangat mengeluh sampai rasa nak lempang muka sendiri bertubi-tubi.

"Kenapa lah aku tak dilahirkan dalam keluarga kaya?"


"Seronoknya tengok orang sambung belajar guna biasiswa Pa&Ma (duit mak ayah), tak payah hutang PTPTN"



"Bestnya ramai kekawan dapat hadiah kereta dari mak ayah diorang. Takyah susah-susah nak kumpul duit beli sendiri"


Tak payah tipu, korang pun mesti pernah terdetik macam ni (unless korang memang dilahirkan dalam keluarga kaya lah). Tapi sejujurnya memang aku bersyukur. Lepas habis spm dulu tu, memacam kerja aku buat sebelum sambung belajar. Sales assistant, florist, part time banquet kat hotel, general clerk kat kedai motor. So aku dah rasa macam mana nak dapatkan duit poket sendiri. Apa yang aku nak, aku usaha sendiri. Bila dah dapat tu, puas sangat rasa sampai kembang kempis lubang hidung ni. Haha.

Tapi masalahnya kat sini, ada jenis orang yang tak faham keadaan kita. Tak faham yang sesetengah orang tak bernasib baik macam dia. Yang asyik pertikaikan hidup orang lain, yang asyik mengeluh, yang nak hidup senang lenang tanpa perlu kerja keras. Kekadang tu, aku rimas dengar diorang ni mengeluh.

Aku ada pengalaman kerja dengan 2-3 orang fresh graduate (degree). Diorang ni mengeluh sebab gaji diorang tak macam yang diorang harapkan. Kebanyakan yang baru dapat ijazah ni, diorang akan harap dapat kerja senang lenang, and harap gaji basic 4K. Ni kisah sebenar. Padahal sesetengah diorang ni knowledge tentang dunia kerja sebenar tak banyak mana pun, ada sorang tu guna formula & shortcut kat excel pun tak reti. Tapi setiap hari mengeluh gaji kawan dia lagi banyak drpd dia.

Bukan tak boleh demand sebenarnya, tapi kena ukur baju kat badan sendiri. Layak ke gaji yang korang expect dengan performance kerja korang? Kalau benda basic pun korang tak pandai (lepastu taknak belajar pulak tu), hmmmmm taktau nak cakap apa dah.

So pengajaran dia kat sini, jangan asyik mengeluh je. Demand ikut kemampuan diri, sejauh mana diri kita ni boleh perform. Kalau rasa macam takde ilmu sangat, kerja sambil belajar sikit sikit. Dah banyak sikit ilmu tu baru lah boleh demand lebih. Betul tak?









P/S : Ni semua peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.


Sekian.