Wednesday, May 25

Sabtu lepas punya cerita -

Assalamualaikum dan Selamat-Sejahtera

Setelah berhari-hari duduk kat rumah, Sabtu yang lepas aku pergi berjimba-jimbo dengan Mr.Pakwe. Ye, ini Sabtu lepas punya cerita, dan sekarang baru nak tulis sebab takde mase nak tulis entry baru. Hmmph mungkin lebih sesuai kalau tulis kat sini --> takde mood nak menaip. Addoi kenapa eh selalu takde kerajinan nak menaip kat blog sendiri? Yang peliknya, berjalan-jalan kat blog orang lain kemain lagi rajin. Dari pagi sampai ke malam dok baca blog orang. Bukannya takde idea, tapi takde mood. Last-last idea tu hilang macam tu je. Lepas tu blog ni pun kusam lah tanpa entry baru. Ade sesape boleh bagi tips untuk rajin menaip tak? ^^

Berbalik pada topik asal, Sabtu lepas aku keluar jejalan dengan Mr.Pakwe. Disebabkan kesihatan aku yang kurang baik, kitorang cuma jejalan dekat TS je. *TS lagi, muntah darahh wehh, takdak tempat lain ke? T__T

Boleh pandang pandang , jangan pegang pegang. *Chewahh ^^

Kitorang tengok cerita Nur Kasih the Movie. Pada pendapat aku cerita ni boleh tahan laa. Ade lah jugak part yang sedih menusuk kalbu tu kan. Tapi ending cerita ni aku tak faham sangat lah. Boleh sesiapa bagitau aku tak? Hmm lepas tengok movie, kitorang shopping sikit-sikit. Bila dah petang tu, kitorang naik lrt gerak pergi Dataran Merdeka sebab nak tengok CITRAWARNA 2011. Hujan sangat lah lebat time kitorang sampai kat lrt Masjid Jamek tu. Bila hujan dah reda, kitorang jalan pergi Dataran Merdeka. Time tu tak ramai orang lagi. Kitorang pilih tempat duduk atas sekali. Tapi disebabkan hujan renyai, yang aku nampak hanyalah pemandangan payung-payung-payung-payung orang yang duduk kat bahagian bawah bawah. Dalam pukul 9.00 p.m baru lah acara start. Kesian pulak aku tengok semua penari yang dah ready berdiri  dekat sejam kat depan tu. 

Yang kanan sekali, my girlfriend :)

Tarian yang paling aku suka malam tu ialah tarian gendang, iaitu tarian pembukaan. Bahu aku turut bergoyang tanda protes aku pun nak menari jugak kat bawah tu. Atas ni gambar kawan aku, dia salah seorang penari tarian gendang malam tu. Wehh ZIANA BEE yang cantik lagi mantopp, serius muka kau lain dohh malam tu. Tak nampak langsung macam budak hingusan HAHAHA. 

 Sampai sini jela aku nak membebel. Nak sambung menangis kesat hingus kat bantal sebab tak dapat menari kat CITRAWARNA hari tu. Bai bai! 


*Dua hari lepas aku pitam dalam lif, sedar-sedar je dah terbaring atas lantai. Kenapa agaknya ya? =..=

Wednesday, May 18

Saidatul Asmah :)

Assalamualaikum dan Selamat-Hari-Rabu :)

Semalam aku keluar dengan girlfriend-lama-tak-jumpa, Saidatul Asmah a.k.a Sasa. Dia dari Ipoh dan datang ke KL utk berjumpa dengan aku mak dia kat Keramat. Kitorang jumpa dekat KL Sentral then aku bawak dia pergi TS, sebab dia yang buat request nak pergi situ. Dia bawak kakak sedara dia yang datang dari Thailand untuk join kitorang sekali. Time memula jumpa dekat KL Sentral tu, punya lah aku dengan Sasa berpeluk kat situ. Kitorang dah dekat dua tahun tak jumpa *Alaa baru dua tahun. Baru-baru ni tiba-tiba dia kontek aku balik, cakap nak jumpa. Ye, aku happy sangat :)


Dia memilih lokasi Times Square sebab dia dengan kakak sedara dia nak shopping. Barang-barang kat sana memang murah-murah. Tak tipu. Aku pun berbekalkan beberapa puluh ringgit dalam purse, sempat beli beberapa barang jugak. 


Rantai Owl

Memandangkan duit yang ada ni agak tak banyak, aku harus bijak berbelanja. Ceh ayat kemain lagi. Haha. Rantai burung hantu kat atas tu, aku beli dengan harga RM10 je. Murah kan murah kan? Ada banyak design lain, esok lusa aku nak pegi beli lagi 2-3. Hihi tamak haloba sungguh. Lepas tu t-shirt yang aku pakai tu cuma RM11 je. Aku memang suka baju macam tu. Kosong takde corak, simple je. Yang ni pun aku nak pergi beli 2-3 helai lagi, kaler lain-lain pulak hahaha. Barang lain yang aku beli, tali pinggang kaler hitam, RM10. Ye semuanya murah-murah. Aku tak pentingkan jenama sesuatu barang tu, apa-apa yang aku suka walaupun murah gila, aku beli je. Pandai-pandai lah pilih kualiti, jangan bila sekali je pakai terus punah. Sasa pun shopping bajet-bajet je, sebab dia tak bawak duit banyak. Tapi dia akan kembali ke KL dengan duit seguni untuk dihabiskan di TS satu hari nanti, itu janji dia. Hahaha.

Her name is Sasa, I Love Her.

Lepas shopping kitorang pergi tengok cerita Kongsi pulak. Hmm cerita ni boleh tahan la. Banyak la jugak gelak-gelak kat panggung tu. Pape pun Shaheizy Sam memang terbaik, tercomel, ter-cool,and macam-macam TER lagi lah. I love Abg Sam, nak sign bolehhh? Haha panas punggung Mr.Pakwe baca ni, sorry sorry gurau jelah. Habis cerita Kongsi, diorang nak sambung shopping semula. Lepas tu diorang kena balik sebab kakak sedara dia balik Thailand malam tu jugak. So secara keseluruhannya, aku happy dapat jumpa Sasa semalam. Sangat happy walau pun kena tunggu dia dekat KL Sentral hampir dua jam. Hahaha.

*Hari ni 18 May 2011, genap satu tahun lapan bulan aku dengan Mr.Pakwe bersama. Masih muda usia hubungan kitorang ni. Aku harap, hubungan ni boleh kekal sampai bila-bila. Doakan lah kitorang ye? 

Monday, May 16

Semester 1 - TAMAT

Seiring dengan keputusan peperiksaan yang sudah diketahui, saya mengumumkan kehidupan saya sebagai pelajar Semester 1 di Politeknik Sultan Idris Shah telah pun tamat. 

Hoorayyyy ! ^_____^

Oopss, sebelum tu, Assalamualaikum dan Hello semua. Sihat tak? Hihi macam biasa, dah dekat seminggu aku tinggalkan blog ni 'berhabuk' macam tu je. Aku bukan busy, tapi aku memerlukan mood untuk menulis. Sekarang nak cerita pasal ringkasan kehidupan aku sebagai student Sem 1.

 Aku sangat bahagia di tempat baru yang very the kampung ni. Poli ni jauh dari pekan, line pun kadang-kadang macam haremmm, hari-hari makanan yang sama kat kafe, cuaca yang sangat-sangat-sangat-sangat panas, dan TAKDE PUBLIC TRANSPORT LANGSUNG DALAM KAWASAN TU, kalau nak outing pun kena naik prebet sapu. Okay, kalau korang boleh hidup tak? Mesti korang cakap --> Gilaaaa. Kalau aku, sumpah aku taknak masuk kat situ. Oh macam tu jugak la kebanyakan student poli ni cakap sebelum diorang masuk situ, termasuk lah aku. Keputusan untuk masuk poli ni aku buat saat-saat akhir. Aku ada dua lagi tawaran selain poli tu - UiTM Machang and UniKL Masai. Ye kedua-duanya sangat jauh dari tempat aku, tu lah faktor utama aku memilih untuk terima tawaran poli je. 

Masa otw nak pergi mendaftar kat poli, aku asyik fikir apesal lah ceruk gila poli ni? Boleh ke aku hidup dalam ni? Tu persoalan pertama aku. Kalau korang tak percaya yang poli ni ceruk gila gila gila, korang google tempat ni sekarang. Lihat lah betapa jauhnya poli tu dari pekan. Haha hebak, memang terbaikkk. Minggu orientasi pulak dijalankan masa minggu yang cuacanya super duper extreme HOT! Lepas tu senior tu bantai pulak selalu dok jemur kitorang kat belakang Pusat Islam, panas nye tak payah cakap la. Sampai semua budak yang dijemur menghadiahkan senior yang incharge makian yang special punya. Haiya senior, lu langsi lu mati tau? Jangan main-main sama gua. Sikalang gua pegang ini Sabak, lu tau? *Okay pedulikan, ini merepek.

Lepas beberapa minggu dok kat situ, aku mula rasa seronok. Dapat ramai kawan baru, pengalaman pergi kuliah, polibriged and macam-macam lagi la. Sebenarnya aku tak kisah langsung pasal lokasi poli tu. Tak kisah langsung jauh dari pekan. Bagi aku, suasana tempat ni sesuai sangat untuk aku study. Aku suka sebab ada pantai kat belakang poli, ada tasik kat dalam poli, ada lembuuu. Poli korang ade ke? Takde kannnn? Hihi.

Aku seronok sebab budak-budak sekelas dengan aku hampir semua sekepala. Kitorang mengamalkan prinsip 'study smart, bukan study hard sampai pecah pale otak'. Kawan-kawan aku rajin study, aku tak. Bila diorang study, aku pun semangat jugak nak study. Sebab tu aku sayang diorang, diorang rajin. Aku suka. Bila dah penat otak, kitorang main. Macam-macam kitorang main. Main tendang dinding sampai budak-budak aras atas semua ingat bunyi guruh kuat. Main air selalu sampai budak-budak aras atas dengki, dorang report kat warden.  Selalu main badminton, tuju selipa, main dgn anak-anak kucing -> tebu, sawi,harun,gojes dekat tengah blok. Budak aras atas dengki sebab dekat aras atas takde padang kat tengah-tengah. Budak aras bawah je best, padang tengah tu kitorang yang punya. Budak aras atas benci kitorang kot? Haha rindu semua tu. Rindu budak-budak DKA1B. Rindu roomate aku yang dua-dua pelik tu. Rindu nak usik diorang, gaduh-gaduh manje. Rindu nak tengok kaki Huz goyang-goyang time tido. Rindu nak tengok Diba mengigau hampir setiap malam. :')

DKA1B sesi Disember 2010
*Sila klik gambar untuk tumbesaran sihat :)

Bila final dah dekat, study sama-sama, tengok movie sama-sama, main macam-macam benda sama-sama. Bila blok sunyi, kitorang yang riuhkan. Hihi bila dapat result, kitorang tersenyum gembiraaa. Aku dapat pointer 3.++. Walaupun result tu tak capai target aku and belum tahap membanggakan, tapi impian AKJ aku dah tercapai. Yes, mak aku bangga. Family aku bangga. Mr.pakwe bangga. Aku gembira. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah sebab bagi aku peluang menjalani kehidupan baru kat sini. :')

*Sorry, banyak merepek. Thanks sebab baca entry bosan ni :)

Saturday, May 7

Selamat Hari Ibu :)

Selamat Malam semua. Tadi aku keluar makan Pizza Hut dengan mak, family Ayong dan juga Nonoy. Thanks to Ayong sebab belanja kitorang bersempena Hari Ibu ni. Hoyeah sangat seronok bila perut sudah kenyang, lepas tu kitorang pergi main game dekat Jusco. Berganda-ganda keseronokan malam ni. :))

My sister and I :)

Three words, I Love You.

Manje sangat, makan pun nak kena suap. :))

Aku nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu di seluruh Malaysia. Tanpa korang, takde lah generasi muda sekarang ni. Begitu besar pengorbanan korang yang membesarkan anak-anak sehingga lah mereka menjadi orang yang berguna. Untuk anak-anak pulak, korang hargai lah mak korang selagi dia masih hidup. Berbakti lah kepada dia. Ingatlah bahawa dia lah yang  telah melahirkan korang. Korang ingat bersalin tu senang ke? Melahirkan anak merupakan perkara yang kedua paling sakit selepas kematian. Kepada sesiapa yang masih mempunyai emak tu, korang patut bersyukur sebab dia masih hidup. Korang boleh bayangkan kalau die dah takde nanti, mampu ke korang jalani hidup macam biasa? Mungkin korang mampu, tapi hari-hari korang takkan sama macam selalu.

Hmm aku nak ambil kesempatan ni jugak untuk mengucapkan Salam Takziah untuk kawan aku, Afifah Othman di atas pemergian bondanya pada 19 April yang lalu. Aku harap kau kuat dan terus kuat. Kepada sesiapa yang telah kehilangan emak tu, korang rajin-rajin lah sedekah al-fatihah, baca al-Quran untuk arwah mak korang tau. Tu je cara terbaik untuk korang nak rasa dekat dengan arwah mak korang.

Untuk bondaku YUSLINA M.YUNUS, 


Terima kasih sebab kandungkan Noly selama 9 bulan. Terima kasih sebab telah melahirkan Noly ke dunia ni. Terima kasih sebab telah membesarkan Noly dengan penuh kasih sayang. Terima kasih sebab bagi didikan sempurna sejak Noly lahir. Terima Kasih sebab selalu bawak Noly jalan-jalan sebab nak bagi Noly kenal dunia. Terima kasih sebab ajar Noly ABC sampai lah Noly pandai membaca. Terima kasih sebab ajar Noly mandi sendiri, pakai baju sendiri, melawa sendiri. Terima kasih sebab selalu marah orang yang suka buli Noly. Terima kasih sebab selalu nasihatkan Noly. Terima kasih sebab selalu menjadi pendengar yang baik setiap kali Noly ada masalah. Terima kasih sebab selalu bagi duit belanja setiap kali Noly kehabisan duit. Terima kasih sebab selalu membebel bila Noly buat salah. Terima kasih sebab selalu sokong Noly dalam setiap perkara yang Noly buat. Terima kasih sebab masak sedap-sedap. Terima kasih sebab sampai sekarang, mak masih lagi sayangkan Noly. 


Hmmm :')




Noly sayang mak sangat-sangat-sangat-sangat! Mak selalu ikhtiar ape yang terbaik untuk Noly bila-bila masa Noly ada masalah. Mak masak sedap, walaupun hanya ikan goreng cicah dengan sambal belacan. I loikeeeee. Mak sportingggg sangat-sangat, sebab tu lah mak ni the best mom in the world tauu. tehee I LOVE YOU MOTHER! Mmuaahhh dahi, dagu, pipi kiri dan kanan 86758376876 kali. :*


*Noly mintak maaf kalau-kalau sepanjang 19 tahun ni, mak ade terasa hati dengan Noly. Noly mintak ampun ye mak? :'(

Friday, May 6

Najwa Latif

Assalamualaikum dan Selamat Hari Jumaat semua. :)

Dua hari lepas, macam biasa aku dok blogwalking mencari blog yang bagus-bagus. Then aku terjumpa satu blog ni, Najwa Latif. Siapa dia ni? Dia ni budak yang baru je berumur 16 tahun, dan berasal dari Batu Pahat. Dia mempunyai bakat yang sangat besar. Dia hebat bermain gitar dan juga menyanyi. Suara dia sangat lah superb, I adore you Najwa. :)

Kalau korang nak dengar nyanyian dia, korang boleh lah pergi youtube dan search 'Najwa Latif'. Setakat ni aku dah download lima video dia, dan asyik pasang video tu like almost 24/7. Budak ni comel dan style dia sangat simple. Aku rasa dia ni memang boleh pergi jauh dalam bidang seni ni, macam Yuna dan juga Ainan Tasneem. Aku juga nak ucapkan tahniah kepada Najwa kerana seawal usia 16 tahun, dia bakal melancarkan single pertamanya - Cinta Muka Buku.

Najwa Latif

Makin lama, makin ramai artis yang lahir dari YouTube. Ni terbukti yang ramai rakyat Malaysia ni berbakat besar. Kita ni sebagai rakyat Malaysia sejati yang bertoleransi *Ececehh, kita harus menyokong orang macam diorang ni. Mana lah tau diorang ni boleh mengharumkan nama negara kita di mata dunia kan? Janganlah asyik nak menyanjung orang asing, bangsa sendiri asyik dikutuk dicerca. Betul tak? 

Hmm teringin sangat nak pandai main gitar, Najwa boleh ajarkan tak? Hihi dah tua bangka macam ni baru nak belajar. Tangan pun dah keras, tinggal angan-angan je lahh. T..T

Thursday, May 5

Cerita Basi

Hari ni 5 May 2011. Terlalu lama aku tinggalkan blog aku, bersawang macam takde tuan. Act aku bukannye busy sangat pun, cuma seriously takde mood nak menulis. Yelah aku ni bukannye blogger tegar, follower pun berapa kerat je. So sekarang ni macam-macam cerita aku nak share kat sini. Silalah baca. Dan diam. 


31 MAC 2011 , Hoyeah i got my Blackberry. Silalah jeles anda semua. Hahahaha *gelak jahat. "Hoi hoi, orang lain dah bertahun pakai bb pun takdak nak heboh sekampung. Boo!" Okay sindirlah aku sebab aku ni ketinggalan zaman kan? Cakap lah pape pun ye, kembang setaman lubang hidung aku ni bila dapat kotak bb tu. Haha huduh sungguh. Memang dari dulu aku ni gila henpon, kadang-kadang tu dalam setahun 3-4 kali aku tukar henpon. Tapi jangan salah faham tau, aku bukannye orang berada pun. Aku beli semua henpon tu dengan harga yang tersangat lah murah. Rezeki aku lah tuu :))


Peewwiitttt, pink gitu :))

10 APRIL 2011, Happy Birthday to me. Terima kasih pada semua yang wish, sayang korang muah muah muah. Thanks coursemate yang buat video call hanya untuk menyanyikan lagu hari jadi untuk aku. Sumpah terharu,  meh nak cium sikit muah muah muah. Thanks jugak dekat Mr.Pakwe yang datang ke Kuala Lumpur untuk menggembirakan aku sepanjang hari, and thanks sebab bagi hadiah yang sangat cantik. i loikeeee. Aku taknak cerita ape yang kitorang buat sepanjang hari, sebab korang bukan berminat pun kan? Ha tengok jela gambar-gambar ni okay,

Dapat hadiah dari Mr.Pakwe. :))
Hoyeah Mango bag! Thanks Mr.Pakwe :))

11 APRIL 2011 , Salam takziah untuk coursemate aku, Nur Aqilah di atas pemergian kekasih dia, Sholleh Addin. Time dapat berita ni, aku dengan kawan-kawan aku menangis. Rasa sebak sangat. Hmm. Dah lah time tu lagi seminggu je nak final exam. Kitorang harap sangat Qila tabah dengan pemergian dia. Pape pun, ringan-ringankan lah mulut korang tu sedekahkan al-fatihah ye?  Qila, i am sorry for the lost. Be strong okay? I love you.

18 APRIL 2011 ,final exam semester satu aku di PSIS telah pun bermula. Study ala kadar selama seminggu, dan terus masuk dewan peperiksaan dengan ketaq lutut. Haddoiii, feeling sama macam nak SPM dulu tu. Harapan aku sem ni, aku nak dapat pointer gempak. Kalau ade rezeki lebih, aku nak dapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ). Aku cuma hampa sikit dekat paper Sains, padahal aku target Sains aku boleh lah dapat A, tapi macam hampeh je. Hmm pape hal pun, aku dah berusaha dan buat yang terbaik. Korang doakan la aku lulus dengan cemerlang okay? Tak best la setakat lulus cukup makan tu kann. :)

25 APRIL 2011 , time ni tinggal lagi satu paper je nak habis sem. Esoknya nak exam Survey Engineering. Kamsis punyalah sunyi, semua orang dok struggle study. Aku dah pening-pening study kira-kira dari pagi sampai ke petang. Last-last petang tu pegi main air dengan Simaa. Dok meranjit semua orang. Mangsa kitorang hari tu ramai, Ecah, Aliaa, Fai, Huz, Liya, Athirah, Miza, Uji and sape lagi entah. Punya lah riuh satu blok tu. Lari-lari, kejar-kejar. Masing-masing bawak baldi penuh air. Haha memang terbaikk, reda sikit tekanan. Tapi malang tak berbau, aku nampak Echa lari sambil buat muka herot-herot. Aku dapat agak ape yang die cuba sampaikan. "WARDEN DATANGGGGGGGG". Habis semua orang gelabah masuk toilet. Tapi last-last kena jugak, warden dok tunggu depan toilet. Haha tak pasal-pasal dapat syarahan percuma dan juga dapat rekod aduan salahlaku disiplin pelajar. Haha memang terbaikkkk. Nasib baik warden dengan ketua warden tu sempoi, boleh lagi berjenaka dengan kitorang. Memang sempoi ahh, lagi sehari nak blah dari kamsis boleh pulak kena sampai macam ni. Sebelum ni selalu huru-hara tak penah pulak kantoi. Hihihi pape pun, ade gak kenangan sem 1 ni. :))

29 APRIL 2011 , heading to Ipoh with my sista and her husband, melepak di sana selama empat hari. Agenda utama - wedding Wawa, Selamat Pengantin Baru wa! Aku banyak habiskan masa dengan Mr.Pakwe kat sane. Having breakfast almost everyday with him at McDonalds memang ohsemm. round-round Ipoh. Hari Ahad, pergi wedding Wawa di Cameron Highlands dgn Mr.Pakwe n Joe. Hari yang sangat lah memenatkan tapi enjoy. Emm dah banyak tulis ni, so sekarang ni let the pictures do the talking okay?

Eskrim sundae kegemaran saya :D

Husnolyy <3
Husnolyy again :))
Gambar last ni dekat McDonalds Gopeng, nampak ayu gitu sebab aku pakai baju kurung. Hihihi. Time ni baru je turun dari Cameron. Kitorang bantai makan strawberry celup dengan eskrim sundae coklet, rasa dia sangat lah deliciouss okay. Tak tipu. Kalau tak caye tanye aku. Okay tak lawak. Bye.

*Memandangkan aku ni lebih suka blogwalking berbanding menulis di blog sendiri dan juga bagi mengelakkan blog aku ni bersawang dan berhabuk, aku akan selalu tulis review pasal blog-blog lain yang aku suka. Tu je cara untuk blog aku ni nampak aktif. Kalau tak aktif, nuffnang pun ragu-ragu nak bagi duit kat aku T___T .  Okay lah babai para pembaca. I love you :))