Thursday, March 31

study smart, not study hard.

Assalamualaikum and Happy Thursday everyone. Final exam are just around the corner. Cuma tinggal dua minggu sebelum final exam bermula dan aku masih belum buat fully revision lagi. Mood nak study tu asyik tenggelam timbul. Haisshh macam mane lah nak capai target kalau malas nak study macam ni kan? =..='

Setakat ni, aku dah tau markah untuk subjek OSHA, I got 80 and I am happy. Now I already got  one A and hoping there is more A's after this. Aminn. Markah PB untuk Science pulak aku dapat 96, Alhamdulillah jugak sebab aku antara empat students DKA1B yang highest for that subject. Ni membuatkan semangat nak study aku berkobar-kobar. Em tapi untuk subjek yang lain-lain tu, aku tak yakin sangat aku dapat markah yang bagus. Tapi tak boleh nak buat ape-ape dah. Sekarang ni ape yang penting, study smarter than before for four subject yang masuk final exam that is Surveying, Construction, Math and Science. Wish me luck okeh? :D

Hmm. So sekarang ni sesi bermohon-maafan. Aku mintak maaf sangat-sangat kat korang kalau aku ade buat salah kat korang. Termarah atau terusik harta benda korang. Let me know if there is something wrong about me. Sorry kalau ade perbuatan aku yang berbekas kat hati korang. I am just an ordinary girl and I made a lot of mistakes whether i realize or not. Aku sangat ikhlas taip benda ni. Aku tak suka gaduh dengan sape-sape, terutamanya dengan kaum sendiri. Aku harap sape-sape yang ade terase dengan aku tu, maafkan lah aku ye? Aku taknak bermasam muka dengan sape-sape. Aku taknak jadi macam kat sekolah teknik dulu, musuh keliling pinggang. Sekarang aku dah jadi lebih matang dari dulu. Tau mane yang baik dan mane yang buruk. Aku cuba untuk buang sikap panas baran aku yang melampau tu. Aku cuba untuk selalu ingat yang aku ni adalah perempuan, jadi aku HARUS buang perangai macam jantan aku tu. Aku harap takde sape-sape yang cabar tahap kesabaran aku. 

Alhamdulillah setakat ni aku takde masalah sangat pun dekat poli tu. Aku betul-betul harap takde masalah besar sepanjang aku study dekat situ. Aku berkawan dengan semua orang. Aku cuba berbaik dengan semua orang. Memang tu azam tahun 2011 aku. Dan aku akan cuba kawal perangai aku ni. Sekali lagi aku nak cakap, aku hanyalah seorang gadis biasa dan aku banyak melakukan kesalahan. 

Setiap malam lepas aku bace doa tidur, aku akan cakap yang hari ni aku maafkan semua 
orang yang pernah sakitkan hati aku. And aku harap semua orang pun maafkan aku jugak. 

Sekarang ni aku nak fokus lebih kat study. Aku nak cuba buat yang terbaik. Study smart, not study hard. Tu pegangan aku. Aku seimbangkan kehidupan sosial aku dengan study. Bila ade mase, aku bersukan. Aku jugak luangkan mase untuk blogging, facebook-ing, dan twitter-ing. So takde lah stress sangat nak exam ni kan. Aku harap aku dan kawan-kawan aku boleh buat yang terbaik nanti. Chaiyok2 everyone! Hee. Sampai sini je karutan aku, thanks for reading yea? :)

*gaya penulisan aku makin skema. HIHI lawak :D



Kepercayaan

Dalam sesuatu perhubungan, ape yang paling penting bagi aku adalah kepercayaan. Kalau takde rase percaye kat pasangan, kompem hubungan tu takkan menjadi, maksud aku, hubungan tu takkan kekal lame. Tu cume pendapat aku, pendapat orang lain aku tak tau lah pulak kan.

Hubungan aku dengan Mr.Pakwe merupakan cinta jarak jauh. Aku di KL, die pulak di Ipoh. Tapi setakat ni takde masalah yang berkaitan dengan main kayu tiga, curang-curang or something yang melibatkan pihak ketiga. I trust him, and he trust me. Itu yang paling penting. Bagi aku, kawan biar berjuta, bilion atau milion, tapi kekasih cuma satu. ceh ayat jiwang gedik poyo habis lah. HAHA. Aku tak kisah die berkawan dengan perempuan, selagi die tau batas-batas nye. Tak payah lah bile dah berkapel tu, terus perangai macam laki/bini orang. Terlalu mengongkong pun rimas jugak. *Kau kompem ke kahwin dengan kapel kau tu? So tak payah lah nak kongkong sangat ogeh? 

Lagi satu yang aku pelik, selalunye orang perempuan kalau pakwe die ade affair dengan mane-mane perempuan, terus die akan salahkan perempuan tu. Macam-macam gelaran lah die bagi, sundal, loser, perempuan murahan, bitch. Err macam-macam lah. Lepas tu mula lah sebarkan benda yang tak betul. Publisiti murahan kan? Ape kejadahnye lah macam takde keje lain dah nak buat. Kenape die tak salahkan je pakwe die tu? Aku tak berani nak cakap sebab setakat ni aku i never face this kind of problem. Hmm tapi bagi aku, kalau Mr.Pakwe buat hal macam tu, aku akan salahkan die 90%. Yang 10% lagi tu salah aku sebab maybe aku tak pandai jage die. Hmm dah lah, takde kena mengena hubungan cinta aku dengan entry ni. Kita sepatutnye berfikiran terbuka, kena yakin kalau betul pakwe kita tu jodoh kita, takkan lari gunung dikejar wehh. Lagi pun tak rase malu ke gaduh dengan kaum sendiri semata-mata seorang lelaki yang belum tentu jodohnye? Bagi aku, I swear I hate it. Kite dah  matang, kite boleh fikir sendiri lah kann. Gaduh bukan jalan yang terbaik. 

Aku pernah bace kat majalah Remaja, kalau pakwe kite curang kite tak digalakkan terlalu marah-marah. Sikap macam tu lebih membuatkan pakwe kite tu bosan dan menyampah. Ape yang patut kite buat, kite just tanye die ape kekurangan kite. And lebih baik kite mengundurkan diri. Si pakwe akan rase serba salah tahap cipan and terus mintak maaf. Aku tak tau berkesan ke tak care ni, mungkin ye dan mungkin tidak. Tapi rase nye macam ni jelah terbaik. And kalau terpakse berpisah tu, yakin lah bahawa die tu bukan jodoh korang. 'Dia' tau ape yang terbaik untuk korang. Ceh dah macam ape je cara aku cakap ni. HAHA


Kepercayaan merupakan sikap yang sangat-sangat lah penting dalam sesuatu perhubungan tu. Jadi korang fikir-fikir kan lah ye. Tak perlu nak suruh pasangan kite tinggalkan perempuan simpanan die, sebab die sendiri akan tinggal perempuan tu kalau die betul-betul sayangkan kite. 

Sampai di sini saje karutan saye. Thanks for reading yea :)



Tuesday, March 29

Karnival :)

Hai semua, dah lame aku tak post entry baru. Dah bersawang agaknye blog ni. Hmm. Kehidupan aku kat PSIS macam biase je, pergi kuliah, kadang-kadang lepak tepi tasik, kadang-kadang main badminton. Aku suka kehidupan macam ni, best :)

Sabtu and Ahad lepas, ade majlis konvo kat poli ni. Hell yeah, mmg bestttt. Ade uptown, trek untuk kereta kontrol, main layang-layang, paintball, autoshow, and yang paling best, everynight we can see stars and planets like Zuhal through telescope. Wahh sumpah cantik sangat. And i fall in love with Buruj Orion again and again. Tau tak Buruj Orion tu ape? Tu name bintang yang aku minat sangat tengok sejak aku kecik lagi. Bintang tu ade tiga, sederet je. memang cantik. Autoshow pun tak kurang gempaknye, hadoi aku rase nak rembat sebijik kereta tu simpan dalam bilik. Dengar lagu dari speaker yang superb cool tu membuatkan badan aku bergoyang-goyang rase nak menari sampai high. Hihi. Tapi aku masih boleh kawal perasaan sebagai seorang student yang berdisiplin dan berdedikasi serta menjaga kelakuan aku sebab sedang pakai tudung. comel gitu. kang ade yang menyumpah dalam hati tengok aku dah comel-comel pakai tudung tapi menari macam orang tengah layan. Haha ayat bodoh =.=

Hari Sabtu paling best sebab Mr.Pakwe datang melawat aku kat sini. Mekaceh ye Bee Bucuk Masham :)
Sehari suntuk dihabiskan melepak dengan die dgn kawan-kawan die, Bulan dgn Joe. Kitorang lepak dekat Sarang Burung, BNO, pantai belakang poli, tepi tasik and round-round karnival. spoil sikit sebab kat karnival tu jalan agak basah membuatkan seluar kitorang kotor and hilang mood nak shopping. Aku siap kenalkan pakwe aku kat lect science and budak-budak kelas aku. Hihi. Saje gedik-gedik tayang pakwe kat semua orang. macam lah orang lain takde pakwe kan. poyo betul.

Pukul 7 lebih baru aku balik bilik. sehari suntuk lepak ngan diorang memang superb. kalau tak, mesti aku akan menjalani hari Sabtu aku dengan penuh rase bosan kat dalam bilik. mungkin cuma akan buat air liur basi dari pagi sampai lah ke petang. Em tengok la gambar kat bawah ni ye, aku letak tiga keping je. yang lain aku tepek kat fesbuk je.

bole pandang-pandang, duduk renggang-renggang :)

Bulan, Joe, Petak, Mr.Pakwe :)

p/s : Thanks jugak dekat eqien dgn taqim yang teman aku lepak dgn dorg sekali. Mr.Pakwe, lepas ni selalu lah datang sini ye. Ailebiu Muah Muah. :D