Monday, January 31

kahwin muda. BEST KE?

Hai semua. nak tanye sikit ni, best ke kahwin muda? Mak aku awal awal lagi tak setuju kalau aku nak kahwin dalam waktu terdekat ni. mak aku suruh aku habis belajar dulu. bila dah ade steady job, baru lah boleh gatai gatai fikir pasal tu. hee :)

 Setakat ni, ada dua orang kawan yang sebaya dengan aku yang kahwin muda. Sorang tu name die Syahidatul Azwa (Wawa). Die dah kahwin 1 Januari lepas. First question yang aku tanye die "best tak first night?' HAHAHAHA. gila aku ni. tak mungkin lah die nak cerita kat aku kan? tapi aku confirm, mesti syiok habis lah. aku tau kau mesti tengah bahagia sekarang kan wa? huuu jeles.


Yang lagi sorang, Nur Shaadah (Sha). aku tak sure betul ke tak aku eja name die. die dengan Wawa tu bestfriend time kat sekolah dulu. tak sangka gila dua dua kahwin cepat. huhu. Sha ni pulak nak kahwin 12 Febuari ni. harap harap semuanya berjalan dengan lancar lah ye kawan. agak agak nye ape lah yang die rase sekarang ni kan? mesti setiap malam susah nak tidur. hihi. sekarang ni kau tidur la sorang sorang,lagi dua minggu kau tidur dah ade teman. wah bahagie nye. bhahaha. hoishhh otak aku ni laju je imagine. teruk betul.

Aku selalu dengar orang tua cakap, kahwin muda ni banyak cabaran. yelah, darah masih muda kan. ego pun tinggi.  pemikiran pun tak berape nak matang lagi. so aku harap rumahtangga korang bahagie sampai bila bila. kalau ade masalah tu, selesai kan elok elok ye? tak sabar nak tunggu korang dapat baby. mesti kiutt baby korang kan? haha. last but not least, 

♥ SELAMAT PENGANTIN BARU 

*ehem ehem. korang doakan lah aku ada jodoh dengan Hussnor Mohamad Firdaus ye? insyaAllah kalau aku ade jodoh dengan die, aku nak mintak tips banyak banyak dekat Wawa dengan Sha. mesti berdebar time nak akad nikah tu kan? HAHA gedik nye lah. study dulu lah NORLIYANA KARTINI USMAN! berangan lah pulok. heee ;)


*********************************************************************************************************
entry yang kat bawah ni, aku baru tau yang si ibu tu ade masalah mental. so tu bukan lah salah dia. maaf kalau ade yang tersinggung :)
                      

Wednesday, January 26

kejamnya dunia

dunia semakin kejam. makin lame makin banyak kes berkaitan baby masuk berita. buang baby, dera baby, bunuh baby and macam macam lagi lah. bodoh ke weh? yang aku heran tu, baby tu bukan nye anak orang lain. tapi darah daging diorang sendiri. haishh. tak kesian ke kat baby baby yang comel tu? GRRR memang bodoh!

HELLO PEEPS. petang tadi lepas polibriged aku pergi koperasi. macam biase, aku bace muka depan paper metro. agak mengejutkan bila baca tajuk utama hari ni: 'TIKAM BAYI BARU LAHIR'. haisshhh. ibu sendiri sanggup tikam anak yang baru lahir? kesian nye baby tu. memang kejam kejam KEJAM!


nak menangis aku bace berita ni. camne la die boleh tergamak tikam anak dia sendiri? sia sia je die kandungkan anak tu 9 bulan. bila baby tu dah lahir, pergi bunuh pulak. memang bodo gila bangsat bengong tahap cipan! SORRY aku TEREMOSI kejap ni, mungkin perempuan ni ada masalah yang kita tak tau, tapi TAKKAN lah sampai nak bunuh baby sendiri? kesiann baby tu. sangat kesian, hadoyai sedihnye aku T___T

* HENTIKAN KEKEJAMAN TERHADAP BAYI [!]

Monday, January 24

pengalaman

ASSALAMUALAIKUM semua. dah lama tak menulis kat blog ni disebabkan perasaan malas yang menggunung. kalau dulu excited nak ber-blogging, tapi sekarang perasaan tu dah hilang. nafsu dah berkurang. so tindakan aku sekarang, aku ubah personaliti blog aku ni. warna tema masih lagi PINK. sebab saya memang gilakan PINK. har har har. bila dah berwajah baru, baru lah ade semangat nak buat entry baru. hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku kerja time lepas SPM dulu. topik yang bosan kan? nampak sangat lah aku ni kekeringan idea. haishh. kalau berminat, bacalah sampai habis okay? :)

time SPM dah habis tu, susah jugak la aku cari keje. hampir setiap hari aku menapak dengan lesbo aku Cik Lala Tarmizi dekat area Bukit Bintang. tapi payah sikit sebab selalunya orang tak amek dua orang sekali. seminggu lepas tu aku decide aku nak keluar cari keje sorang2, mungkin lebih senang dapat keje. aku menapak kat Sg.Wang. agak banyak keje yang aku dapat. tapi aku tak puas hati sebab gaji yang diorang tawarkan murah sangat. lepas tu aku try cari kat Pavilion. nasib aku baik. aku dapat keje kat Memory Lane dengan S&J. dua dua keje tu lebih kurang je. tapi aku pilih kedai S&J sebab aku suka kedai tu. gaji pun masyukkk. so aku keje lah kat situ. aku belajar cara nak balut hadiah, buat paper bag, and macam macam lagi lah. aku keje kat situ 4 bulan je. pastu tak larat dah. memang penat keje kat situ. sepanjang keje kena berdiri. langsung takleh duduk. memang melecet la kaki aku ni.


lepas dah berhenti keje kat S&J, aku jadi gadis bunga kat Times Square. kat kedai bunga Level 1. keje ni best sangat. aku belajar cara nak gubah bunga, cara jaga bunga. yang paling best, dapat tengok gelagat mamat romantik yang pilih bunga untuk awek diorang. ouh that sooo sweet okay. HAHA bila lah mr.pakwe nak jadi romantik macam tu? keje kat sini susa sikit plus bosan jugak la. sebab aku kena jaga kedai tu sorang sorang je. so bila ada orang nak gubah bunga, aku terkial kial jugak la nak siapkan. susah woo nak buat. ingat macam bungkus nasi lemak je ke? serious aku mencarut carut tiap kali nak gubah bunga tu. menitik nitik peluh aku. HAHA aku keje kat situ tak lama. sebulan je lepas tu berhenti sebab aku ingat nak sambung form 6 dekat Victoria tapi tak jadi. sebab bila dah fikir balik, aku memang taknak pakai school uniform tu lagi. tak minat langsung.


lepas dah puas goyang kaki kat rumah, aku jadi kerani kat kedai motor area Taman Maluri. time keje kat situ aku belajar cara nak buat agreement, cara nak buat insurans, cara nak uruskan saman saman segala. keje situ tak berapa best sebab tekanan asyik mengadap komputer je. nak terkeluar bijik mata aku asyik focus kat screen je. tapi banyak la pengalaman yang aku dapat. aku sempat keje kat situ 3 bulan je.

lepas tu aku dok rumah jadi baby-sitter jaga 3 orang anak buah aku yang sangat comel tu ye. bagi aku, ni keje yang paling susah. HAHA anak buah aku sangat lah extreme degil diorang tu. terutamanya anak buah aku yang ke-2 Haris Sharifuddin. kalau aku marah dia, dia gigit aku sampai lebam lebam. pernah sekali tu dia gigit kat dada aku sampai berdarah. walawehh. sampai menangis sedu sedan aku. sakit gila babi doe. dua minggu baru sembuh woh. haha. jaga diorang sampai aku tak cukup tido melayan karenah diorang. tapi degil macam mane pun, Achik sayang korang sangat sangat. sekarang ni aku rinduuuuuu sangat kat diorang. tak tipu :'(

*conting days. just four days to HOLIDAY. walaoo. i am extremely happy :D