Monday, January 24

pengalaman

ASSALAMUALAIKUM semua. dah lama tak menulis kat blog ni disebabkan perasaan malas yang menggunung. kalau dulu excited nak ber-blogging, tapi sekarang perasaan tu dah hilang. nafsu dah berkurang. so tindakan aku sekarang, aku ubah personaliti blog aku ni. warna tema masih lagi PINK. sebab saya memang gilakan PINK. har har har. bila dah berwajah baru, baru lah ade semangat nak buat entry baru. hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku kerja time lepas SPM dulu. topik yang bosan kan? nampak sangat lah aku ni kekeringan idea. haishh. kalau berminat, bacalah sampai habis okay? :)

time SPM dah habis tu, susah jugak la aku cari keje. hampir setiap hari aku menapak dengan lesbo aku Cik Lala Tarmizi dekat area Bukit Bintang. tapi payah sikit sebab selalunya orang tak amek dua orang sekali. seminggu lepas tu aku decide aku nak keluar cari keje sorang2, mungkin lebih senang dapat keje. aku menapak kat Sg.Wang. agak banyak keje yang aku dapat. tapi aku tak puas hati sebab gaji yang diorang tawarkan murah sangat. lepas tu aku try cari kat Pavilion. nasib aku baik. aku dapat keje kat Memory Lane dengan S&J. dua dua keje tu lebih kurang je. tapi aku pilih kedai S&J sebab aku suka kedai tu. gaji pun masyukkk. so aku keje lah kat situ. aku belajar cara nak balut hadiah, buat paper bag, and macam macam lagi lah. aku keje kat situ 4 bulan je. pastu tak larat dah. memang penat keje kat situ. sepanjang keje kena berdiri. langsung takleh duduk. memang melecet la kaki aku ni.


lepas dah berhenti keje kat S&J, aku jadi gadis bunga kat Times Square. kat kedai bunga Level 1. keje ni best sangat. aku belajar cara nak gubah bunga, cara jaga bunga. yang paling best, dapat tengok gelagat mamat romantik yang pilih bunga untuk awek diorang. ouh that sooo sweet okay. HAHA bila lah mr.pakwe nak jadi romantik macam tu? keje kat sini susa sikit plus bosan jugak la. sebab aku kena jaga kedai tu sorang sorang je. so bila ada orang nak gubah bunga, aku terkial kial jugak la nak siapkan. susah woo nak buat. ingat macam bungkus nasi lemak je ke? serious aku mencarut carut tiap kali nak gubah bunga tu. menitik nitik peluh aku. HAHA aku keje kat situ tak lama. sebulan je lepas tu berhenti sebab aku ingat nak sambung form 6 dekat Victoria tapi tak jadi. sebab bila dah fikir balik, aku memang taknak pakai school uniform tu lagi. tak minat langsung.


lepas dah puas goyang kaki kat rumah, aku jadi kerani kat kedai motor area Taman Maluri. time keje kat situ aku belajar cara nak buat agreement, cara nak buat insurans, cara nak uruskan saman saman segala. keje situ tak berapa best sebab tekanan asyik mengadap komputer je. nak terkeluar bijik mata aku asyik focus kat screen je. tapi banyak la pengalaman yang aku dapat. aku sempat keje kat situ 3 bulan je.

lepas tu aku dok rumah jadi baby-sitter jaga 3 orang anak buah aku yang sangat comel tu ye. bagi aku, ni keje yang paling susah. HAHA anak buah aku sangat lah extreme degil diorang tu. terutamanya anak buah aku yang ke-2 Haris Sharifuddin. kalau aku marah dia, dia gigit aku sampai lebam lebam. pernah sekali tu dia gigit kat dada aku sampai berdarah. walawehh. sampai menangis sedu sedan aku. sakit gila babi doe. dua minggu baru sembuh woh. haha. jaga diorang sampai aku tak cukup tido melayan karenah diorang. tapi degil macam mane pun, Achik sayang korang sangat sangat. sekarang ni aku rinduuuuuu sangat kat diorang. tak tipu :'(

*conting days. just four days to HOLIDAY. walaoo. i am extremely happy :D

Friday, December 31

31 DISEMBER 2010

Happy Friday,readers. hari ni cuti sebab Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia dalam perlawanan bola sepak Ahad lepas. hari ni merupakan holiday yang heaven gilaa. aku tido sampai pukul 10.30 a.m. memang bahagia tahap cipan dapat qada tido aku yang selama ni cuma enam jam sehari. haha.

hari ni hari terakhir dalam kalendar tahun 2010. aku tak gembira. aku sedih. sebab umur aku akan jadi bertambah lagi satu angka. tak suka nyeee. nak jadi budak kecik je boleh tak? tak best lah jadi budak besar yang konon matang ni. banyak masalah. tak larat nak fikir satu demi satu. sejak aku masuk PSIS, aku gembira memanjang. jarang nak fikir masalah segala. hidup sentiasa busy dengan kuliah and assignment yang berlambak. dengan kawan kawan pun setakat ni takde masalah. aku harap sepanjang aku study kat sini, aku taknak gaduh dengan sape sape pun. aku nak jadi budak baik yang sentiasa comel. hahaha *gila perasan.

sebenarnya aku tak tau nak merepek ape dalam ni. seriously, idea kering kontang. aku sedih sekarang ni. sambut new year dekat bilik hostel je. dengan period pain nye lagi. hadoi. azab weh, azabbbb. tapi nak buat macam mana lagi kan. dah nasib aku tak dapat rasa gegaran bunga api Flat Sri Sabah tahun ni. hmm. macam biasa lah, masuk je tahun baru semua orang nak buat azam baru. walaupun azam tu tak pernah menjadi kan.tapi aku nak try jugak. so, nahhhh. ni azam tahun 2011 aku ;

-nak jadi budak baik dan comel.
-nak jadi budak rajin.
-nak berkawan dengan semua orang.
-nak jadi lebih baik dari sebelum ni.

simple and easy. tu je azam aku. kalau buat azam beria tapi tak buat, tak guna jugak kan? so lebih baik aku cuba buat yang simple macam kat atas tu. simple tapi susah nak buat. AKU AKAN CUBA SEBAIK MUNGKIN. 

hmm. semalam aku tergerak hati nak baca blog seorang kawan lama aku. ye, kawan lama. tapi disebabkan salah faham, kitorang dah tak berkawan. aku terbaca satu entry dia, dia tulis pasal aku lagi. ye, aku yakin dia cerita pasal aku. entry tu panjang gila. aku copy and paste satu perenggan kat sini.

"Kes ni memang dah lama jadi tapi boleh kate setiap hari aku fikir. Aku tak nak gaduh dengan kau sampai mati. Aku tak nak kubur aku sempit hanya sebab kau tak maafkan aku. Aku tak nak kubur aku berasap hanya sebab dosa aku dengan kau. Aku rase kau dah sedia maklum yang dosa kite dengan manusia Allah tak tolong. Biar lah aku buang ego aku, mintak maaf dengan kau kan. Kalau memang salah aku, takpe aku mintak maaf. Tapi biar lah aku make it clear."

okay, aku nak komen sikit apa yang kau tulis. first, aku dah lama lupa pasal tu. aku sendiri taknak kita gaduh sampai macam ni. aku pernah anggap kau kawan aku. kau pernah jaga aku time aku demam kat teknik dulu. ye, aku tak pernah lupa yang tu. sampai sekarang, aku tak tau sape yang salah. aku malas nak fikir, mmg dah lama aku buang benda tu dari kepala otak aku ni. aku dah taknak ingat semua tu. tapi since kau bukak balik cerita ni, aku pun nak make it clear jugak. start pukul 12.00 malam ni, aku dengan kau dah 0-0. aku tak kenal kau, and kau pun tak kenal aku. sejak kita gaduh, banyak yang bukak mata aku. aku mula kenal sape kawan, sape lawan. aku dah tau sape antara kawan kawan kita yang sebenar nye hipokrit and batu api. diorang tu bukan kawan. tak layak digelar kawan. kalau diorang tu kawan, diorang akan bantu kita berbaik semula. tapi apa yang diorang buat? diorang jadi batu api. hipokrit. thanks lah 'kawan kawan'. aku kenang 'jasa' korang

so sempena Tahun Baru ni, aku dah maafkan korang and aku jugak mintak maaf kalau aku ada buat salah. anggap lah kita tak pernah kenal. byee :)