Wednesday, June 16

Rumah Pertamaku | Residensi KUCHAIMAS

*Lap habuk*

Assalamualaikum! Last entry aku post dalam blog ni adalah pada tahun 2017, maknanya dah tiga tahun blog ni terbiar. Walaupun blog ni krik krik je takde yang baca tapi nak jugak menulis pastu biar diri sendiri je baca tua nanti hahahah.

Btw kalini nak cerita pasal rumah pertama yang aku beli iaitu Residensi Wilayah, sebelum ni dikenali sebagai Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP). Masa apply rumah ni dulu aku blur sebab tak banyak info & tak ramai blogger yang tulis pasal rumawip ni. So harap post kalini sedikit sebanyak membantu korang yang nak apply Residensi Wilayah ni. Ni step aku apply rumawip ni:-

1. Register online dekat website Residensi Wilayah

Kalau tak silap boleh apply maksimum tiga project. Memula aku apply Tasikmas dengan Jalilmas (harga 198K), bila status dah bertukar ke LAYAK MEMOHON, boleh print segala dokumen yang diperlukan untuk submit dekat DBKL. Cara lain, korang boleh submit borang direct dekat developer tapi masa submit tu dah kena bayar 10% deposit. 

Senarai semak RUMAWIP

Lepas dah 2-3 bulan submit takde khabar berita, aku pun call lah DBKL tanya status permohonan. Rupa-rupanya dedua projek unit dah sold out wuuuuu punya lah laju sis kuciwa teruk. Lepastu aku pun bukak website rumawip balik tengok mana projek mana yang masih available, kebetulan ada baru projek baru bukak - Kuchaimas. Aku pun laju-laju apply & prepare dokumen pastu terus submit dekat DBKL. Kalini DBKL advice terus check status dengan developer kalau nak cepat.

Iklan Residensi Kuchaimas

2. Undi unit di pejabat developer

Lepas sebulan submit dokumen, 28 Jan 2018 aku call developer untuk check status. Dorang kata permohonan dah lulus dan boleh datang untuk undi unit & perlu bawak deposit 10% (RM19.8K). Buat bank draft, lepastu pergi office Aset Kayamas untuk balloting (Part susah payah nak kumpul duit deposit tu aku skip jela eh hahaha). Lepas dah bayar deposit & undi no rumah, terus sign S&P dengan lawyer panel. 

Undi dapat level kayangan. Sis redha hahahah
Sign S&P dengan panel lawyer

Memula terkedu jugak sebab dapat level kayangan sebab aku jenis gayat yeee tapi sedapkan hati 'kalau projek perumahan lain lagi tinggi rumah lagi mahal harga' so kira untung lah kan dapat level tinggi ni hahahah. Lepas dah sign S&P, diorang bagi masa 30 hari untuk apply loan. Diorang ada bagi list panel bank untuk kita apply. Aku pun contact hampir semua list bank tu & submit application. Jangan risau zaman sekarang ni apply & submit dokumen semua melalui email je pun boleh. Tak perlu susah-susah nak pergi setiap bank untuk apply. 

3. Mohon pinjaman dengan bank panel 

Masa apply loan ni aku ada buat silap sikit sebab gopoh. Affin bank approved loan aku then aku terus terima. Patutnya kena tunggu semua bank respons dulu then compare yang mana paling berbaloi ye dak? Tapi disebabkan risau nak cepat settlekan sebelum 30 hari tu habis aku pun terus sign je dengan Affin. Selang beberapa hari lepastu RHB pulak contact kata loan aku lulus (90% with lower interest rate than Affin) tapi tu lah nasi dah jadi bubur huhuhu. Yang tak bestnya loan aku dgn Affin tak cukup 90%, aku cuma dapat 88% so aku kena topup cash lagi RM3200. Kayap betul dah aku masa ni hahaha.

4. Stamp duty, lawyer fee

Masuk part bayar lawyer fee pulak. Macam kes aku ni kena bayar lebih kurang dalam RM4K gitu (ye keluar duit lagi huhu). Dah settle bayar lawyer fee tu tunggu jela lawyer contact untuk korang amik copy S&P yang dah stamping, part ni aku tunggu lebih kurang sebulan lebih gitu pastu baru lawyer call untuk datang collect. Bila dah dapat copy S&P tu boleh lah fikir pasal nak keluar akaun 2 KWSP pulak untuk support balik duit simpanan yang dah kering kontang tu. Part ni aku buat separate blog post lah kot (kalau rajin).

Macam ni lah rupa S&P tu

Panjang liku onak duri nak dapatkan sebuah rumah ni ye. Nak rumah murah punya pasal kan kena la usaha lebih sikit. Rumah murah pun tapi koyak jugak la poket nak proses memula dapatkan rumah tu hahaha. Cuma lega sikit ada masa lebih dua tahun sebelum rumah tu siap so ada masa nak kumpul duit balik. Sepatutnya April 2021 boleh dapat kunci rumah dah, tapi disebabkan pandemik sekarang ni so confirm ada delay. 

Lagi satu aku tak sangka rumah ni dekat je dengan rumah parents aku. Dalam 10 minit gitu dah boleh sampai. Sebab memang masa apply tu projek ni je yang tinggal untuk harga RM198K so memang rushing nak berebut tak fikir dah dekat ke jauh hahaha. Alhamdulillah sangat. Pape pun Alhamdulillah one tick on my bucket list, beli rumah sebelum umur 30 :)

1 comment: