Saturday, November 26

Dulu 8, sekarang 7

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam. Dah lama gila aku tak update blog aku ni. Blog ni dah takde seri, bersawang, berkulat, dan berulat dah pun. Sekarang ni pun sebenarnya mood jari ni nak menari atas kekunci lappy tak berapa nak ada, tapi aku gagahkan jugak. 

Perkembangan aku sekarang ni, Alhamdulillah baru je dua hari lepas habis final exam semester dua. 22 Dis ni akan mendaftar untuk semester tiga pulak. Exam hari tu aku agak terkilan, banyak sangat yang aku cuai. Harapan untuk dapat dekan lagi sem ni nipis. Nipis sangat. Sampai sekarang  tak puas hati dengan pencapaian aku masa exam haritu. Tapi asalkan takde paper yang kena repeat nanti, aku patut bersyukur. Haihh bila fikir pasal final exam haritu mesti kepala berdenyut.

Back to the title of this post, Dulu 8 sekarang 7. Masa kat sekolah teknik dulu, aku ada geng. Geng lepak sekali kat dorm, lepak sekali kat meja prep, lepak sekali kat meja dining. The Alphabet. Semua sekali ada 8 orang termasuk aku. Geng yang famous kat sekolah. Sering jadi bualan budak-budak lelaki. Sering dipanggil bohsia murahan. Tapi kitorang buat bodoh je. Malas nak ambik tahu. Kitorang hidup dalam dunia kitorang sendiri.


All for one, one for all.

Oh ya, kenapa dulu 8 sekarang 7? Sehari sebelum peperiksaan akhir haritu, aku dapat berita dari Sasa yang Emy masuk ICU. Hati aku terus jadi tak sedap. Study pun tak masuk pape. Petang tu Sasa kol lagi, kali ni dia menangis teruk. Innalillah, Emy dah takde. Air mata terus mengalir, tangan jadi menggeletar. Khabarnya arwah meninggal disebabkan pendarahan dalam otak. Wallahualam. Malam tu aku sedekahkan Yaasin untuk arwah. Terkilan sebab tak dapat nak tengok arwah buat kali terakhir. Bertambah terkilan lagi, kitorang baru je plan nak gather masa birthday Sasa bulan Disember ni. Tapi tak kesampaian. :'(


Al-fatihah.

Arwah baik orangnya. Arwah kuat study, kuat merajuk, tak kedekut, kepoh-kepoh sikit. Kalau lepak sekali dengan dia mesti gelak tak henti. Arwah macam aku jugak, suka warna merah jambu. Hmm banyak kenangan yang kitorang lalui sepanjang dua tahun kat teknik dulu tu.  Kalau sudi, sedekahkan lah Al-fatihah untuk arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat. Walaupun arwah dah takde kat sini, tapi arwah masih lagi di hati kami. Di hati The Alphabet. 

"The Alphabet - lot of <3"



P/S - Salam Maal Hirah to all Muslims. 

Wednesday, July 6

Holiday is over -

Hello tawan-tawan itew yang tomey n encem cemuaa ♥ 

"Holiday is over' <----- Oh Em Geeee! isk isk itew tak ready lagi aaa nak masuk blaja :'( 

Okay cukup lah dengan bahasa geli-geliman tu. Hmmphh cuti selama dua bulan berlalu bagaikan dua hari je. Esok kena pergi daftar untuk sem dua pulak. Serius aku tak ready lagi *kepala berdenyut tanda nak migrain. Hari ni aku sangat busy nak settle kan semua benda. Pagi-pagi lagi aku pergi bayar yuran kat Tabung Haji. Lepas tu start packing baju semua, serius banyak gila macam nak duduk sana terus. Lepas tu pergi beli barang makanan pulak. Lepas tu lepas tu, aaaaa hati berdebar laaaa. Apa yang bakal jadi eh sem dua ni? Harap takde masalah laa. Hmm cepat betul masa berlalu kan? Tapi bagus jugak kalau cepat berlalu, nanti sekejap je dah dapat diploma. 

Semalam shopping barang poli dengan Mr.Pakwe, macam-macam dia beli untuk aku. Terima kasih daun keladi, hari lain belanja lagi ye? Nanti mesti rindu kat awak tau Mr.Pakwe. Kite busy, awak pun mesti busy. Nanti dah susah nak texting 24 jam, susah nak otp dengan awak selalu. Emmm esok dah kena berangkat ke Sabak Bernam.

Time makan dengan kakak and abang aku dekat Sekinchan Ikan Bakar. Thanks 
Asiah dengan Udin sebab belanja kitorang makan eh eh? :D

*Orang yang paling aku rindu nanti - Hayeem Syazwi. Mama mesti rindu kat baby nanti. Baby jangan nakal-nakal tau. Jangan susahkan nenek. Jangan asyik berak je, kesian nenek asyik nak kena basuh. Kalau rindu mama, nanti kita skype selalu okay? Muah pipi kiri kanan, muah kat hidung, muah kat perut. isk :'(