Monday, January 31

kahwin muda. BEST KE?

Hai semua. nak tanye sikit ni, best ke kahwin muda? Mak aku awal awal lagi tak setuju kalau aku nak kahwin dalam waktu terdekat ni. mak aku suruh aku habis belajar dulu. bila dah ade steady job, baru lah boleh gatai gatai fikir pasal tu. hee :)

 Setakat ni, ada dua orang kawan yang sebaya dengan aku yang kahwin muda. Sorang tu name die Syahidatul Azwa (Wawa). Die dah kahwin 1 Januari lepas. First question yang aku tanye die "best tak first night?' HAHAHAHA. gila aku ni. tak mungkin lah die nak cerita kat aku kan? tapi aku confirm, mesti syiok habis lah. aku tau kau mesti tengah bahagia sekarang kan wa? huuu jeles.


Yang lagi sorang, Nur Shaadah (Sha). aku tak sure betul ke tak aku eja name die. die dengan Wawa tu bestfriend time kat sekolah dulu. tak sangka gila dua dua kahwin cepat. huhu. Sha ni pulak nak kahwin 12 Febuari ni. harap harap semuanya berjalan dengan lancar lah ye kawan. agak agak nye ape lah yang die rase sekarang ni kan? mesti setiap malam susah nak tidur. hihi. sekarang ni kau tidur la sorang sorang,lagi dua minggu kau tidur dah ade teman. wah bahagie nye. bhahaha. hoishhh otak aku ni laju je imagine. teruk betul.

Aku selalu dengar orang tua cakap, kahwin muda ni banyak cabaran. yelah, darah masih muda kan. ego pun tinggi.  pemikiran pun tak berape nak matang lagi. so aku harap rumahtangga korang bahagie sampai bila bila. kalau ade masalah tu, selesai kan elok elok ye? tak sabar nak tunggu korang dapat baby. mesti kiutt baby korang kan? haha. last but not least, 

♥ SELAMAT PENGANTIN BARU 

*ehem ehem. korang doakan lah aku ada jodoh dengan Hussnor Mohamad Firdaus ye? insyaAllah kalau aku ade jodoh dengan die, aku nak mintak tips banyak banyak dekat Wawa dengan Sha. mesti berdebar time nak akad nikah tu kan? HAHA gedik nye lah. study dulu lah NORLIYANA KARTINI USMAN! berangan lah pulok. heee ;)


*********************************************************************************************************
entry yang kat bawah ni, aku baru tau yang si ibu tu ade masalah mental. so tu bukan lah salah dia. maaf kalau ade yang tersinggung :)
                      

No comments:

Post a Comment