Friday, February 17

Bayar PTPTN Guna E-Pengeluaran KWSP


Assalamualaikum & hai semua! 

Harini mood rajin datang nak bersihkan sawang dekat blog ni. Memandangkan aku excited baru lepas bayar tunggakan PTPTN semalam, so aku nak share dgn semorang betapa senang nya nak apply e-pengeluaran ni. Apply online je uols! Semuanya di hujung jari je zaman sekarang. Takyah susah susah pergi beratur & isi form manually sampai berlecah ketiak. No no tak perlu dah. Ikut je step kat bawah ni haa.

1) i-Akaun KWSP

Firstly, korang kena make sure yang korang ada i-Akaun KWSP. Tapi kalau takde akaun lagi, jangan khuatir jangan bimbang jangan risau. Pergi je dekat website KWSP dan tekan kat bahagian i-Akaun Activation (First Time Login) lepastu isi Member Id No. (No IC korang) dengan 6 Digit Activation Code (yang ni kena call EPF Management Centre 03-8922 6000 untuk dapatkan kod pengaktifan). Lepas dah dapat kod tu, terus je login macam biasa.

2) e-Pengeluaran

Bila dah berjaya login tu, korang klik kat bahagian WITHDRAWAL/PENGELUARAN lepastu klik dekat NEW APPLICATION/PERMOHONAN BARU. Next, isi permohonan e-pengeluaran, pilih EDUCATION/PENDIDIKAN, lengkapkan permohonan hingga langkah ke-5. Jumlah pengeluaran tu ikut suka korang la nak bayar berapa. Kat situ dah tulis siap siap had pengeluaran berapa. Aku cuma keluarkan untuk bayar semua tunggakan pinjaman PTPTN yang dah jadi lebih dari 4K tu. Haha. Lepas korang dah submit permohonan tu, tunggu je sms dari kwsp macam kat bawah ni. Aku submit application 14th Feb, dapat sms ni 15th Feb. So sehari jela tunggu. Yeee sehari je gaisss.




3) KWSP

Okay untuk langkah terakhir ni, korang kena pergi KWSP untuk pengesahan cap jari. Sekali lagi jangan khuatir jangan bimbang jangan risau, sebab untuk pengesahan cap jari ni, korang akan dapat no giliran untuk fast lane. Macam aku, lepas dapat sms tu, aku pergi pejabat KWSP keesokan harinya (16th Feb). Lepas je ambil no giliran terus kena panggil walaupun boleh tahan ramai orang masa tu (pergi time lunch hour). Memang kejap je tunggu. Serius tak sampai dua minit pun. Oh hampir terlupa, dokumen yang korang kena bawak masa pengesahan cap jari tu cuma lah sijil graduasi dan I/C (original dan copy) tapi standby je bawak transkrip sekali mana tahu pegawai tu nak copy. 


Lepas dah settle sah kan cap jari dengan dokumen sokongan tu, pegawai KWSP tu kata pengeluaran bayaran tu akan diproses dalam masa 2 minggu. Siap dah gais. 3 simple step sahaja. Dan e-Pengeluaran ni bukan untuk pendidikan je tau, tapi ada juga untuk perumahan, kesihatan, etc. Semuanya di hujung jari. Mudah kan? :)




********************************************************



*UPDATE 25th Feb 2017*


Klik untuk tumbesaran sihat


Alhamdulillah dah dapat email dari PTPTN. Sooooo settle dah semua tunggakan. Tak sampai dua minggu pun tunggu. Lepasni harap diri sendiri istiqamah bayar setiap bulan. Amin! Huhu 

7 comments:

  1. thanks you so much share psl ni..hopefully semuanya ok la

    ReplyDelete
  2. sis, nak tahu la..memang kalau dr kwsp dia akan direct potong tunggakan sahaja bkn bayaran bulan yang depan2..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amount nak bayar tu depends on us, so tak kisah la nak bayar tunggakan sahaja atau bayar kurang/lebih

      Delete
  3. Boleh saye tahu document ape yg perlu saye bawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sijil graduasi dan I/C (original dan copy) tapi standby je bawak transkrip sekali mana tahu pegawai tu nak copy

      Delete
  4. Boleh saye tahu document ape yg perlu saye bawak?

    ReplyDelete