Saturday, April 2

Hoki :)

 *Assalamualaikum . Selamat Hari Sabtu . Hello *

Semalam aku dengan BFF aku, Nabila Tarmizi pegi Stadium Hoki dekat Jalan Pantai untuk menyaksikan team lame kitorang (team SMKCP) masuk suku akhir lawan dengan SMK Seri Permaisuri n SMK Sains Selangor. Kitorang sampai agak lambat sebab aku TERbangun lambat, tunggu Cik Nabila tu lagi pukul 9.30 a.m baru sampai, lepas tu tunggu bas, naik komuter sampai KL Sentral, lastly naik LRT sampai Universiti. Sungguh jauh dan berliku perjalanan kitorang ye. Time kat LRT kitorang jumpa Jira (kechik), dengan muka die yang sangat-sangat lah masam mencuka. Semua salah Fara yang datang lambat, aku pun ajak lah kechik follow kitorang sekali. Lepas beberapa minit kitorang lepak dekat stadium, baru lah Fara sampai dengan Joe n Ghost (aku tak sure ape name die. HAHA)

Macam biasa lah, bila tengok perlawanan hoki mesti terjerit-jerit macm orang gila. Aku sangat-sangat lah eksaited sebab dah lame tak main Hoki. Jealous tengok diorang main, rase macam nak tukar baju aku dengan jersey yang diorang pakai tu. So boleh lah aku ganti diorang main dalam padang tu. hihi. Semalam aku seronok sangat sebab dapat jumpa dengan budak-budak team hoki aku dulu, Ezry, Nadia, Fara, Shuhaina, Pah, Kechik, Ziha n sape lagi entah. Jumpa cikgu Megat, aku tanye cikgu tu, "Cikgu ingat saye tak?" Lepas tu cikgu cakap, "Mesti lah ingat mata besar kamu tu". Haha jahat cikgu ni. Lepas tu tersempak dengan Cikgu Roshin (cikgu sekolah rendah aku). Cikgu cikgu, cikgu dah boyot! HAHA. Keputusan perlawanan semalam;

SMKCP -SMKSS (0-2)
SMKCP - SMKSP (1-0)

Shuhaina tengah buat flick time lawan dengan SMKSP

Team SMKCP bersorak kemenangan lawan dgn SMKSP

Dua orang gadis comel. BFF :)

Time balik pulak, cikgu ajak kitorang naik bas sekolah sekali dengan diorang. ape lagi, aku pun wohoo la. tak payah nak susahkan diri naik LRT,Komuter sume tu. Sampai je kat sekolah, aku masuk kejap, rinduu :') Lepas tu lepak dengan budak-budak hoki tadi kat kedai Bismi. Makan-minum-gosip-gelak2, lepas tu balikkk. Isnin ni diorang ade game lagi, Selasa pulak final. Tapi aku tak pergi kot. Sebab Nabila sekolah, takde sape nak teman aku. Okay lah i gtg nak mamam, thanks for reading yea. Byee :)

Thursday, March 31

study smart, not study hard.

Assalamualaikum and Happy Thursday everyone. Final exam are just around the corner. Cuma tinggal dua minggu sebelum final exam bermula dan aku masih belum buat fully revision lagi. Mood nak study tu asyik tenggelam timbul. Haisshh macam mane lah nak capai target kalau malas nak study macam ni kan? =..='

Setakat ni, aku dah tau markah untuk subjek OSHA, I got 80 and I am happy. Now I already got  one A and hoping there is more A's after this. Aminn. Markah PB untuk Science pulak aku dapat 96, Alhamdulillah jugak sebab aku antara empat students DKA1B yang highest for that subject. Ni membuatkan semangat nak study aku berkobar-kobar. Em tapi untuk subjek yang lain-lain tu, aku tak yakin sangat aku dapat markah yang bagus. Tapi tak boleh nak buat ape-ape dah. Sekarang ni ape yang penting, study smarter than before for four subject yang masuk final exam that is Surveying, Construction, Math and Science. Wish me luck okeh? :D

Hmm. So sekarang ni sesi bermohon-maafan. Aku mintak maaf sangat-sangat kat korang kalau aku ade buat salah kat korang. Termarah atau terusik harta benda korang. Let me know if there is something wrong about me. Sorry kalau ade perbuatan aku yang berbekas kat hati korang. I am just an ordinary girl and I made a lot of mistakes whether i realize or not. Aku sangat ikhlas taip benda ni. Aku tak suka gaduh dengan sape-sape, terutamanya dengan kaum sendiri. Aku harap sape-sape yang ade terase dengan aku tu, maafkan lah aku ye? Aku taknak bermasam muka dengan sape-sape. Aku taknak jadi macam kat sekolah teknik dulu, musuh keliling pinggang. Sekarang aku dah jadi lebih matang dari dulu. Tau mane yang baik dan mane yang buruk. Aku cuba untuk buang sikap panas baran aku yang melampau tu. Aku cuba untuk selalu ingat yang aku ni adalah perempuan, jadi aku HARUS buang perangai macam jantan aku tu. Aku harap takde sape-sape yang cabar tahap kesabaran aku. 

Alhamdulillah setakat ni aku takde masalah sangat pun dekat poli tu. Aku betul-betul harap takde masalah besar sepanjang aku study dekat situ. Aku berkawan dengan semua orang. Aku cuba berbaik dengan semua orang. Memang tu azam tahun 2011 aku. Dan aku akan cuba kawal perangai aku ni. Sekali lagi aku nak cakap, aku hanyalah seorang gadis biasa dan aku banyak melakukan kesalahan. 

Setiap malam lepas aku bace doa tidur, aku akan cakap yang hari ni aku maafkan semua 
orang yang pernah sakitkan hati aku. And aku harap semua orang pun maafkan aku jugak. 

Sekarang ni aku nak fokus lebih kat study. Aku nak cuba buat yang terbaik. Study smart, not study hard. Tu pegangan aku. Aku seimbangkan kehidupan sosial aku dengan study. Bila ade mase, aku bersukan. Aku jugak luangkan mase untuk blogging, facebook-ing, dan twitter-ing. So takde lah stress sangat nak exam ni kan. Aku harap aku dan kawan-kawan aku boleh buat yang terbaik nanti. Chaiyok2 everyone! Hee. Sampai sini je karutan aku, thanks for reading yea? :)

*gaya penulisan aku makin skema. HIHI lawak :D