Thursday, December 1

Resepi #1 - Puding Trifle

Hai peeps, hello Thursday and welcome December! Disebabkan cuti semester kali ni pendek, so aku tak kerja. Bila aku tak kerja, aku sangattttt lahhh bosannnnnnnnn.


Aku rasa macam nak belajar memasak. Tetttt!


Haaa semalam kemain lagi search macam-macam resepi kat google. Setelah berjaya mengumpul seberapa banyak resepi, hari ni aku mulakan resepi yang pertama - PUDING TRIFLESo hari ni, my'olls nak ajar u'olls buat puding triffle ye. U'olls sila sediakan pen dan buku nota untuk catat resepi ya. Hihihi. First sekali mesti sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Kesemua bahan tak sampai RM50 pun, murah dan senang je nak cari.

1 cawan tepung kastard
3 cawan air
1 tin susu cair
Gula dan garam secukup rasa
 1 tin buah-buahan campur
1 peket agar-agar
Kek / kek gulung

#1 Potong kek mengikut saiz bersesuaian dan susun di dalam bekas.
#2 Masak susu cair, gula, garam dan masukkan tepung kastard. Gaul berterusan 
sehingga bancuhan betul-betul pekat.
#3 Tuang bancuhan kastard tadi ke dalam bekas yang telah disusun kek dan ratakan.
#4 Susun buah-buahan mengikut kreativiti di atas lapisan kastard tadi ( buang air buah )
#5 Panaskan agar-agar dengan air mengikut sukatan yang betul. Kemudian tuang bancuhan
 agar-agar ke atas lapisan kastard dan buah. 
#6 Simpan kat dalam peti sejuk. Selepas 3-4 jam, boleh di makanggg :D


Cantik n sodapp :D

So how was it? Cun gila kan? Rasa dia sedap gilaaaa wehhh. Kakak aku yang ajar buat puding ni, aku tak refer resepi google pun. Serius senang je nak buat. Puding ni ada tiga lapisan - lapisan kek, kastard dan agar-agar. Bila masuk mulut, yummy and tummy very happy. Hewhew. Sesiapa yang tak faham jangan segan-segan nak tanya okay. Sharing is caring. Ringan-ringan kan tangan tu mencuba n good luck ya! >.<





*Lepas ni nak try buat kek oren, mini cheesecake, donat, kek coklat. 
Aaaa macam-macam lagi la. Rambang mata dah ni. Hoho :O

Saturday, November 26

Dulu 8, sekarang 7

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam. Dah lama gila aku tak update blog aku ni. Blog ni dah takde seri, bersawang, berkulat, dan berulat dah pun. Sekarang ni pun sebenarnya mood jari ni nak menari atas kekunci lappy tak berapa nak ada, tapi aku gagahkan jugak. 

Perkembangan aku sekarang ni, Alhamdulillah baru je dua hari lepas habis final exam semester dua. 22 Dis ni akan mendaftar untuk semester tiga pulak. Exam hari tu aku agak terkilan, banyak sangat yang aku cuai. Harapan untuk dapat dekan lagi sem ni nipis. Nipis sangat. Sampai sekarang  tak puas hati dengan pencapaian aku masa exam haritu. Tapi asalkan takde paper yang kena repeat nanti, aku patut bersyukur. Haihh bila fikir pasal final exam haritu mesti kepala berdenyut.

Back to the title of this post, Dulu 8 sekarang 7. Masa kat sekolah teknik dulu, aku ada geng. Geng lepak sekali kat dorm, lepak sekali kat meja prep, lepak sekali kat meja dining. The Alphabet. Semua sekali ada 8 orang termasuk aku. Geng yang famous kat sekolah. Sering jadi bualan budak-budak lelaki. Sering dipanggil bohsia murahan. Tapi kitorang buat bodoh je. Malas nak ambik tahu. Kitorang hidup dalam dunia kitorang sendiri.


All for one, one for all.

Oh ya, kenapa dulu 8 sekarang 7? Sehari sebelum peperiksaan akhir haritu, aku dapat berita dari Sasa yang Emy masuk ICU. Hati aku terus jadi tak sedap. Study pun tak masuk pape. Petang tu Sasa kol lagi, kali ni dia menangis teruk. Innalillah, Emy dah takde. Air mata terus mengalir, tangan jadi menggeletar. Khabarnya arwah meninggal disebabkan pendarahan dalam otak. Wallahualam. Malam tu aku sedekahkan Yaasin untuk arwah. Terkilan sebab tak dapat nak tengok arwah buat kali terakhir. Bertambah terkilan lagi, kitorang baru je plan nak gather masa birthday Sasa bulan Disember ni. Tapi tak kesampaian. :'(


Al-fatihah.

Arwah baik orangnya. Arwah kuat study, kuat merajuk, tak kedekut, kepoh-kepoh sikit. Kalau lepak sekali dengan dia mesti gelak tak henti. Arwah macam aku jugak, suka warna merah jambu. Hmm banyak kenangan yang kitorang lalui sepanjang dua tahun kat teknik dulu tu.  Kalau sudi, sedekahkan lah Al-fatihah untuk arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat. Walaupun arwah dah takde kat sini, tapi arwah masih lagi di hati kami. Di hati The Alphabet. 

"The Alphabet - lot of <3"



P/S - Salam Maal Hirah to all Muslims.