Assalamualaikum & hai
semua!
Harini mood rajin datang
nak bersihkan sawang dekat blog ni. Memandangkan aku excited baru lepas bayar
tunggakan PTPTN semalam, so aku nak share dgn semorang betapa senang nya nak
apply e-pengeluaran ni. Apply online je uols! Semuanya di hujung jari je zaman
sekarang. Takyah susah susah pergi beratur & isi form manually sampai
berlecah ketiak. No no tak perlu dah. Ikut je step kat bawah ni haa.
1) i-Akaun KWSP
Firstly, korang kena make
sure yang korang ada i-Akaun KWSP. Tapi kalau takde akaun lagi, jangan khuatir
jangan bimbang jangan risau. Pergi je dekat website KWSP dan tekan kat bahagian i-Akaun Activation (First Time Login) lepastu isi Member
Id No. (No IC korang) dengan 6 Digit Activation Code (yang
ni kena call EPF Management Centre 03-8922 6000 untuk dapatkan kod
pengaktifan). Lepas dah dapat kod tu, terus je login macam biasa.
2) e-Pengeluaran
Bila dah berjaya login tu,
korang klik kat bahagian WITHDRAWAL/PENGELUARAN lepastu klik dekat NEW
APPLICATION/PERMOHONAN BARU. Next, isi
permohonan e-pengeluaran, pilih EDUCATION/PENDIDIKAN, lengkapkan permohonan
hingga langkah ke-5. Jumlah pengeluaran tu ikut suka korang la nak bayar
berapa. Kat situ dah tulis siap siap had pengeluaran berapa. Aku cuma keluarkan
untuk bayar semua tunggakan pinjaman PTPTN yang dah jadi lebih dari 4K tu.
Haha. Lepas korang dah submit permohonan tu, tunggu je sms dari kwsp macam
kat bawah ni. Aku submit application 14th Feb, dapat sms ni 15th Feb. So
sehari jela tunggu. Yeee sehari je gaisss.
3) KWSP
Okay
untuk langkah terakhir ni, korang kena pergi KWSP untuk pengesahan cap jari.
Sekali lagi jangan khuatir jangan bimbang jangan risau, sebab untuk pengesahan
cap jari ni, korang akan dapat no giliran untuk fast lane. Macam
aku, lepas dapat sms tu, aku pergi pejabat KWSP keesokan harinya (16th Feb).
Lepas je ambil no giliran terus kena panggil walaupun boleh tahan ramai orang
masa tu (pergi time lunch hour). Memang kejap je tunggu. Serius tak sampai dua
minit pun. Oh hampir terlupa, dokumen yang korang kena bawak masa pengesahan
cap jari tu cuma lah sijil graduasi dan I/C (original dan copy) tapi standby je
bawak transkrip sekali mana tahu pegawai tu nak copy.
Lepas dah
settle sah kan cap jari dengan dokumen sokongan tu, pegawai KWSP tu kata
pengeluaran bayaran tu akan diproses dalam masa 2 minggu. Siap dah gais. 3
simple step sahaja. Dan e-Pengeluaran ni bukan untuk pendidikan je tau, tapi
ada juga untuk perumahan, kesihatan, etc. Semuanya di hujung jari. Mudah kan? :)
********************************************************
*UPDATE 25th Feb 2017*
Alhamdulillah dah dapat email dari PTPTN. Sooooo settle dah semua tunggakan. Tak sampai dua minggu pun tunggu. Lepasni harap diri sendiri istiqamah bayar setiap bulan. Amin! Huhu
********************************************************
*UPDATE 25th Feb 2017*
Klik untuk tumbesaran sihat |
Alhamdulillah dah dapat email dari PTPTN. Sooooo settle dah semua tunggakan. Tak sampai dua minggu pun tunggu. Lepasni harap diri sendiri istiqamah bayar setiap bulan. Amin! Huhu
thanks you so much share psl ni..hopefully semuanya ok la
ReplyDeletesesama :)
Deletesis, nak tahu la..memang kalau dr kwsp dia akan direct potong tunggakan sahaja bkn bayaran bulan yang depan2..??
ReplyDeleteAmount nak bayar tu depends on us, so tak kisah la nak bayar tunggakan sahaja atau bayar kurang/lebih
DeleteBoleh saye tahu document ape yg perlu saye bawak?
ReplyDeleteSijil graduasi dan I/C (original dan copy) tapi standby je bawak transkrip sekali mana tahu pegawai tu nak copy
DeleteBoleh saye tahu document ape yg perlu saye bawak?
ReplyDelete