Tuesday, March 29

Karnival :)

Hai semua, dah lame aku tak post entry baru. Dah bersawang agaknye blog ni. Hmm. Kehidupan aku kat PSIS macam biase je, pergi kuliah, kadang-kadang lepak tepi tasik, kadang-kadang main badminton. Aku suka kehidupan macam ni, best :)

Sabtu and Ahad lepas, ade majlis konvo kat poli ni. Hell yeah, mmg bestttt. Ade uptown, trek untuk kereta kontrol, main layang-layang, paintball, autoshow, and yang paling best, everynight we can see stars and planets like Zuhal through telescope. Wahh sumpah cantik sangat. And i fall in love with Buruj Orion again and again. Tau tak Buruj Orion tu ape? Tu name bintang yang aku minat sangat tengok sejak aku kecik lagi. Bintang tu ade tiga, sederet je. memang cantik. Autoshow pun tak kurang gempaknye, hadoi aku rase nak rembat sebijik kereta tu simpan dalam bilik. Dengar lagu dari speaker yang superb cool tu membuatkan badan aku bergoyang-goyang rase nak menari sampai high. Hihi. Tapi aku masih boleh kawal perasaan sebagai seorang student yang berdisiplin dan berdedikasi serta menjaga kelakuan aku sebab sedang pakai tudung. comel gitu. kang ade yang menyumpah dalam hati tengok aku dah comel-comel pakai tudung tapi menari macam orang tengah layan. Haha ayat bodoh =.=

Hari Sabtu paling best sebab Mr.Pakwe datang melawat aku kat sini. Mekaceh ye Bee Bucuk Masham :)
Sehari suntuk dihabiskan melepak dengan die dgn kawan-kawan die, Bulan dgn Joe. Kitorang lepak dekat Sarang Burung, BNO, pantai belakang poli, tepi tasik and round-round karnival. spoil sikit sebab kat karnival tu jalan agak basah membuatkan seluar kitorang kotor and hilang mood nak shopping. Aku siap kenalkan pakwe aku kat lect science and budak-budak kelas aku. Hihi. Saje gedik-gedik tayang pakwe kat semua orang. macam lah orang lain takde pakwe kan. poyo betul.

Pukul 7 lebih baru aku balik bilik. sehari suntuk lepak ngan diorang memang superb. kalau tak, mesti aku akan menjalani hari Sabtu aku dengan penuh rase bosan kat dalam bilik. mungkin cuma akan buat air liur basi dari pagi sampai lah ke petang. Em tengok la gambar kat bawah ni ye, aku letak tiga keping je. yang lain aku tepek kat fesbuk je.

bole pandang-pandang, duduk renggang-renggang :)

Bulan, Joe, Petak, Mr.Pakwe :)

p/s : Thanks jugak dekat eqien dgn taqim yang teman aku lepak dgn dorg sekali. Mr.Pakwe, lepas ni selalu lah datang sini ye. Ailebiu Muah Muah. :D

Monday, January 31

kahwin muda. BEST KE?

Hai semua. nak tanye sikit ni, best ke kahwin muda? Mak aku awal awal lagi tak setuju kalau aku nak kahwin dalam waktu terdekat ni. mak aku suruh aku habis belajar dulu. bila dah ade steady job, baru lah boleh gatai gatai fikir pasal tu. hee :)

 Setakat ni, ada dua orang kawan yang sebaya dengan aku yang kahwin muda. Sorang tu name die Syahidatul Azwa (Wawa). Die dah kahwin 1 Januari lepas. First question yang aku tanye die "best tak first night?' HAHAHAHA. gila aku ni. tak mungkin lah die nak cerita kat aku kan? tapi aku confirm, mesti syiok habis lah. aku tau kau mesti tengah bahagia sekarang kan wa? huuu jeles.


Yang lagi sorang, Nur Shaadah (Sha). aku tak sure betul ke tak aku eja name die. die dengan Wawa tu bestfriend time kat sekolah dulu. tak sangka gila dua dua kahwin cepat. huhu. Sha ni pulak nak kahwin 12 Febuari ni. harap harap semuanya berjalan dengan lancar lah ye kawan. agak agak nye ape lah yang die rase sekarang ni kan? mesti setiap malam susah nak tidur. hihi. sekarang ni kau tidur la sorang sorang,lagi dua minggu kau tidur dah ade teman. wah bahagie nye. bhahaha. hoishhh otak aku ni laju je imagine. teruk betul.

Aku selalu dengar orang tua cakap, kahwin muda ni banyak cabaran. yelah, darah masih muda kan. ego pun tinggi.  pemikiran pun tak berape nak matang lagi. so aku harap rumahtangga korang bahagie sampai bila bila. kalau ade masalah tu, selesai kan elok elok ye? tak sabar nak tunggu korang dapat baby. mesti kiutt baby korang kan? haha. last but not least, 

♥ SELAMAT PENGANTIN BARU 

*ehem ehem. korang doakan lah aku ada jodoh dengan Hussnor Mohamad Firdaus ye? insyaAllah kalau aku ade jodoh dengan die, aku nak mintak tips banyak banyak dekat Wawa dengan Sha. mesti berdebar time nak akad nikah tu kan? HAHA gedik nye lah. study dulu lah NORLIYANA KARTINI USMAN! berangan lah pulok. heee ;)


*********************************************************************************************************
entry yang kat bawah ni, aku baru tau yang si ibu tu ade masalah mental. so tu bukan lah salah dia. maaf kalau ade yang tersinggung :)