Monday, January 31

kahwin muda. BEST KE?

Hai semua. nak tanye sikit ni, best ke kahwin muda? Mak aku awal awal lagi tak setuju kalau aku nak kahwin dalam waktu terdekat ni. mak aku suruh aku habis belajar dulu. bila dah ade steady job, baru lah boleh gatai gatai fikir pasal tu. hee :)

 Setakat ni, ada dua orang kawan yang sebaya dengan aku yang kahwin muda. Sorang tu name die Syahidatul Azwa (Wawa). Die dah kahwin 1 Januari lepas. First question yang aku tanye die "best tak first night?' HAHAHAHA. gila aku ni. tak mungkin lah die nak cerita kat aku kan? tapi aku confirm, mesti syiok habis lah. aku tau kau mesti tengah bahagia sekarang kan wa? huuu jeles.


Yang lagi sorang, Nur Shaadah (Sha). aku tak sure betul ke tak aku eja name die. die dengan Wawa tu bestfriend time kat sekolah dulu. tak sangka gila dua dua kahwin cepat. huhu. Sha ni pulak nak kahwin 12 Febuari ni. harap harap semuanya berjalan dengan lancar lah ye kawan. agak agak nye ape lah yang die rase sekarang ni kan? mesti setiap malam susah nak tidur. hihi. sekarang ni kau tidur la sorang sorang,lagi dua minggu kau tidur dah ade teman. wah bahagie nye. bhahaha. hoishhh otak aku ni laju je imagine. teruk betul.

Aku selalu dengar orang tua cakap, kahwin muda ni banyak cabaran. yelah, darah masih muda kan. ego pun tinggi.  pemikiran pun tak berape nak matang lagi. so aku harap rumahtangga korang bahagie sampai bila bila. kalau ade masalah tu, selesai kan elok elok ye? tak sabar nak tunggu korang dapat baby. mesti kiutt baby korang kan? haha. last but not least, 

♥ SELAMAT PENGANTIN BARU 

*ehem ehem. korang doakan lah aku ada jodoh dengan Hussnor Mohamad Firdaus ye? insyaAllah kalau aku ade jodoh dengan die, aku nak mintak tips banyak banyak dekat Wawa dengan Sha. mesti berdebar time nak akad nikah tu kan? HAHA gedik nye lah. study dulu lah NORLIYANA KARTINI USMAN! berangan lah pulok. heee ;)


*********************************************************************************************************
entry yang kat bawah ni, aku baru tau yang si ibu tu ade masalah mental. so tu bukan lah salah dia. maaf kalau ade yang tersinggung :)
                      

Wednesday, January 26

kejamnya dunia

dunia semakin kejam. makin lame makin banyak kes berkaitan baby masuk berita. buang baby, dera baby, bunuh baby and macam macam lagi lah. bodoh ke weh? yang aku heran tu, baby tu bukan nye anak orang lain. tapi darah daging diorang sendiri. haishh. tak kesian ke kat baby baby yang comel tu? GRRR memang bodoh!

HELLO PEEPS. petang tadi lepas polibriged aku pergi koperasi. macam biase, aku bace muka depan paper metro. agak mengejutkan bila baca tajuk utama hari ni: 'TIKAM BAYI BARU LAHIR'. haisshhh. ibu sendiri sanggup tikam anak yang baru lahir? kesian nye baby tu. memang kejam kejam KEJAM!


nak menangis aku bace berita ni. camne la die boleh tergamak tikam anak dia sendiri? sia sia je die kandungkan anak tu 9 bulan. bila baby tu dah lahir, pergi bunuh pulak. memang bodo gila bangsat bengong tahap cipan! SORRY aku TEREMOSI kejap ni, mungkin perempuan ni ada masalah yang kita tak tau, tapi TAKKAN lah sampai nak bunuh baby sendiri? kesiann baby tu. sangat kesian, hadoyai sedihnye aku T___T

* HENTIKAN KEKEJAMAN TERHADAP BAYI [!]