Thursday, November 11

kehilangan

assalamualaikum semua. hari ni aku nak cakap pasal kehilangan orang yang tersayang. kehilangan ibubapa, adik beradik, suami atau pun boyfriend. apakah rasanye bila orang yang kita paling sayang pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya. aku tak dapat bayangkan sebab setakat ni, aku tak pernah berdepan dengan berita kematian orang yang aku sayang. hmm. tadi aku bukak facebook, ada 'friend of friend' yang buat album kenangan bersama arwah. arwah merupakan boyfriend budak ni and meninggal tiga hari lepas disebabkan kanser. alfatihah.


mak aku cakap, tak baik meratapi orang yang dah pergi. memang betul, tapi sebagai manusia biasa kita mesti terasa kehilangan dan sebak sangat-sangat. tadi bila aku tengok sume gambar kat album kenangan bersama arwah, aku dah sebak. aku terfikir macam mane lah kalau aku ade kat tempat dak ni. huh. tak sanggup nak bayangkan. apatah lagi aku ni jenis tak ramai kawan. tempat mengadu pun sikit. kalau yang sikit ni pergi tinggalkan aku, kat sape lagi aku nak mengadu. baru-baru ni mak dgn ayah aku asyik cakap pasal mati. hmm. tolong lah, aku sedih sangat. 

aku sendiri pun, tak tau bila ajal nak menjemput. petang ni? esok? minggu depan? tahun depan? hanya Allah yang tahu. ye, aku hamba Allah yang lemah dan sering melakukan kesilapan. amalan aku tak cukup. tak layak nak jejak syurga. aku takut. sekarang ni banyak berita kiamat sudah dekat. ramai kawan-kawan aku sudah berubah. ramai jugak yang terus bangga melakukan dosa. aku? aku sedang muhasabah diri. bila nak bertaubat? bila nak menutup aurat? bila nak buat amal? insyaAllah, aku akan berubah sikit demi sikit. 

pernah tak korang alami benda ni; korang dah temui cinta sejati dan merancang untuk berkahwin. kalau pernah, korang ada bayangkan tak yang sebelum korang menjadi suami isteri salah sorang daripada korang pergi menghadap ilahi? aku rasa tak ramai yang fikir benda ni sebab tu banyak terjadi kes zina dan ramai anak luar nikah lahir kat dunia ni. sebab pasangan tu yakin yang diorang akan berkahwin,so pe salah nye diorang berzina dulu kan? huhu. aku agak je la. k la, da banyak aku merepek ni. bye :)

2 comments:

  1. sedih gak dengar story ko..tu,,x banyak ble aku tolong cuma nijer,,hidup bagai kan sekuntum bunga,,bila tba jer masa nya dia akan gugur,,so bagi yg belum tiba masa tu bringat la,,x payah takut pada benda yg pasti,,apa yg penting kita hargai apa yg kita sayangi,,,enjoy for your life,coz life coming just one more time,,so thinking before you choose what your life,,

    ReplyDelete
  2. hm. okay. thanks sbb bg pendapat. mmg betul, think before decide pape pun kan. thanks again :)

    ReplyDelete