Saturday, May 7

Selamat Hari Ibu :)

Selamat Malam semua. Tadi aku keluar makan Pizza Hut dengan mak, family Ayong dan juga Nonoy. Thanks to Ayong sebab belanja kitorang bersempena Hari Ibu ni. Hoyeah sangat seronok bila perut sudah kenyang, lepas tu kitorang pergi main game dekat Jusco. Berganda-ganda keseronokan malam ni. :))

My sister and I :)

Three words, I Love You.

Manje sangat, makan pun nak kena suap. :))

Aku nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu di seluruh Malaysia. Tanpa korang, takde lah generasi muda sekarang ni. Begitu besar pengorbanan korang yang membesarkan anak-anak sehingga lah mereka menjadi orang yang berguna. Untuk anak-anak pulak, korang hargai lah mak korang selagi dia masih hidup. Berbakti lah kepada dia. Ingatlah bahawa dia lah yang  telah melahirkan korang. Korang ingat bersalin tu senang ke? Melahirkan anak merupakan perkara yang kedua paling sakit selepas kematian. Kepada sesiapa yang masih mempunyai emak tu, korang patut bersyukur sebab dia masih hidup. Korang boleh bayangkan kalau die dah takde nanti, mampu ke korang jalani hidup macam biasa? Mungkin korang mampu, tapi hari-hari korang takkan sama macam selalu.

Hmm aku nak ambil kesempatan ni jugak untuk mengucapkan Salam Takziah untuk kawan aku, Afifah Othman di atas pemergian bondanya pada 19 April yang lalu. Aku harap kau kuat dan terus kuat. Kepada sesiapa yang telah kehilangan emak tu, korang rajin-rajin lah sedekah al-fatihah, baca al-Quran untuk arwah mak korang tau. Tu je cara terbaik untuk korang nak rasa dekat dengan arwah mak korang.

Untuk bondaku YUSLINA M.YUNUS, 


Terima kasih sebab kandungkan Noly selama 9 bulan. Terima kasih sebab telah melahirkan Noly ke dunia ni. Terima kasih sebab telah membesarkan Noly dengan penuh kasih sayang. Terima kasih sebab bagi didikan sempurna sejak Noly lahir. Terima Kasih sebab selalu bawak Noly jalan-jalan sebab nak bagi Noly kenal dunia. Terima kasih sebab ajar Noly ABC sampai lah Noly pandai membaca. Terima kasih sebab ajar Noly mandi sendiri, pakai baju sendiri, melawa sendiri. Terima kasih sebab selalu marah orang yang suka buli Noly. Terima kasih sebab selalu nasihatkan Noly. Terima kasih sebab selalu menjadi pendengar yang baik setiap kali Noly ada masalah. Terima kasih sebab selalu bagi duit belanja setiap kali Noly kehabisan duit. Terima kasih sebab selalu membebel bila Noly buat salah. Terima kasih sebab selalu sokong Noly dalam setiap perkara yang Noly buat. Terima kasih sebab masak sedap-sedap. Terima kasih sebab sampai sekarang, mak masih lagi sayangkan Noly. 


Hmmm :')




Noly sayang mak sangat-sangat-sangat-sangat! Mak selalu ikhtiar ape yang terbaik untuk Noly bila-bila masa Noly ada masalah. Mak masak sedap, walaupun hanya ikan goreng cicah dengan sambal belacan. I loikeeeee. Mak sportingggg sangat-sangat, sebab tu lah mak ni the best mom in the world tauu. tehee I LOVE YOU MOTHER! Mmuaahhh dahi, dagu, pipi kiri dan kanan 86758376876 kali. :*


*Noly mintak maaf kalau-kalau sepanjang 19 tahun ni, mak ade terasa hati dengan Noly. Noly mintak ampun ye mak? :'(

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. betul2 nak lahirkan anak mmg sakit.. kesian mak kita.. sbb tu lah kta kena hargai mereka.. syukur lah kita masih mempunyai emak.. :)

    ReplyDelete