Thursday, May 5

Cerita Basi

Hari ni 5 May 2011. Terlalu lama aku tinggalkan blog aku, bersawang macam takde tuan. Act aku bukannye busy sangat pun, cuma seriously takde mood nak menulis. Yelah aku ni bukannye blogger tegar, follower pun berapa kerat je. So sekarang ni macam-macam cerita aku nak share kat sini. Silalah baca. Dan diam. 


31 MAC 2011 , Hoyeah i got my Blackberry. Silalah jeles anda semua. Hahahaha *gelak jahat. "Hoi hoi, orang lain dah bertahun pakai bb pun takdak nak heboh sekampung. Boo!" Okay sindirlah aku sebab aku ni ketinggalan zaman kan? Cakap lah pape pun ye, kembang setaman lubang hidung aku ni bila dapat kotak bb tu. Haha huduh sungguh. Memang dari dulu aku ni gila henpon, kadang-kadang tu dalam setahun 3-4 kali aku tukar henpon. Tapi jangan salah faham tau, aku bukannye orang berada pun. Aku beli semua henpon tu dengan harga yang tersangat lah murah. Rezeki aku lah tuu :))


Peewwiitttt, pink gitu :))

10 APRIL 2011, Happy Birthday to me. Terima kasih pada semua yang wish, sayang korang muah muah muah. Thanks coursemate yang buat video call hanya untuk menyanyikan lagu hari jadi untuk aku. Sumpah terharu,  meh nak cium sikit muah muah muah. Thanks jugak dekat Mr.Pakwe yang datang ke Kuala Lumpur untuk menggembirakan aku sepanjang hari, and thanks sebab bagi hadiah yang sangat cantik. i loikeeee. Aku taknak cerita ape yang kitorang buat sepanjang hari, sebab korang bukan berminat pun kan? Ha tengok jela gambar-gambar ni okay,

Dapat hadiah dari Mr.Pakwe. :))
Hoyeah Mango bag! Thanks Mr.Pakwe :))

11 APRIL 2011 , Salam takziah untuk coursemate aku, Nur Aqilah di atas pemergian kekasih dia, Sholleh Addin. Time dapat berita ni, aku dengan kawan-kawan aku menangis. Rasa sebak sangat. Hmm. Dah lah time tu lagi seminggu je nak final exam. Kitorang harap sangat Qila tabah dengan pemergian dia. Pape pun, ringan-ringankan lah mulut korang tu sedekahkan al-fatihah ye?  Qila, i am sorry for the lost. Be strong okay? I love you.

18 APRIL 2011 ,final exam semester satu aku di PSIS telah pun bermula. Study ala kadar selama seminggu, dan terus masuk dewan peperiksaan dengan ketaq lutut. Haddoiii, feeling sama macam nak SPM dulu tu. Harapan aku sem ni, aku nak dapat pointer gempak. Kalau ade rezeki lebih, aku nak dapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ). Aku cuma hampa sikit dekat paper Sains, padahal aku target Sains aku boleh lah dapat A, tapi macam hampeh je. Hmm pape hal pun, aku dah berusaha dan buat yang terbaik. Korang doakan la aku lulus dengan cemerlang okay? Tak best la setakat lulus cukup makan tu kann. :)

25 APRIL 2011 , time ni tinggal lagi satu paper je nak habis sem. Esoknya nak exam Survey Engineering. Kamsis punyalah sunyi, semua orang dok struggle study. Aku dah pening-pening study kira-kira dari pagi sampai ke petang. Last-last petang tu pegi main air dengan Simaa. Dok meranjit semua orang. Mangsa kitorang hari tu ramai, Ecah, Aliaa, Fai, Huz, Liya, Athirah, Miza, Uji and sape lagi entah. Punya lah riuh satu blok tu. Lari-lari, kejar-kejar. Masing-masing bawak baldi penuh air. Haha memang terbaikk, reda sikit tekanan. Tapi malang tak berbau, aku nampak Echa lari sambil buat muka herot-herot. Aku dapat agak ape yang die cuba sampaikan. "WARDEN DATANGGGGGGGG". Habis semua orang gelabah masuk toilet. Tapi last-last kena jugak, warden dok tunggu depan toilet. Haha tak pasal-pasal dapat syarahan percuma dan juga dapat rekod aduan salahlaku disiplin pelajar. Haha memang terbaikkkk. Nasib baik warden dengan ketua warden tu sempoi, boleh lagi berjenaka dengan kitorang. Memang sempoi ahh, lagi sehari nak blah dari kamsis boleh pulak kena sampai macam ni. Sebelum ni selalu huru-hara tak penah pulak kantoi. Hihihi pape pun, ade gak kenangan sem 1 ni. :))

29 APRIL 2011 , heading to Ipoh with my sista and her husband, melepak di sana selama empat hari. Agenda utama - wedding Wawa, Selamat Pengantin Baru wa! Aku banyak habiskan masa dengan Mr.Pakwe kat sane. Having breakfast almost everyday with him at McDonalds memang ohsemm. round-round Ipoh. Hari Ahad, pergi wedding Wawa di Cameron Highlands dgn Mr.Pakwe n Joe. Hari yang sangat lah memenatkan tapi enjoy. Emm dah banyak tulis ni, so sekarang ni let the pictures do the talking okay?

Eskrim sundae kegemaran saya :D

Husnolyy <3
Husnolyy again :))
Gambar last ni dekat McDonalds Gopeng, nampak ayu gitu sebab aku pakai baju kurung. Hihihi. Time ni baru je turun dari Cameron. Kitorang bantai makan strawberry celup dengan eskrim sundae coklet, rasa dia sangat lah deliciouss okay. Tak tipu. Kalau tak caye tanye aku. Okay tak lawak. Bye.

*Memandangkan aku ni lebih suka blogwalking berbanding menulis di blog sendiri dan juga bagi mengelakkan blog aku ni bersawang dan berhabuk, aku akan selalu tulis review pasal blog-blog lain yang aku suka. Tu je cara untuk blog aku ni nampak aktif. Kalau tak aktif, nuffnang pun ragu-ragu nak bagi duit kat aku T___T .  Okay lah babai para pembaca. I love you :))

No comments:

Post a Comment