Friday, May 6

Najwa Latif

Assalamualaikum dan Selamat Hari Jumaat semua. :)

Dua hari lepas, macam biasa aku dok blogwalking mencari blog yang bagus-bagus. Then aku terjumpa satu blog ni, Najwa Latif. Siapa dia ni? Dia ni budak yang baru je berumur 16 tahun, dan berasal dari Batu Pahat. Dia mempunyai bakat yang sangat besar. Dia hebat bermain gitar dan juga menyanyi. Suara dia sangat lah superb, I adore you Najwa. :)

Kalau korang nak dengar nyanyian dia, korang boleh lah pergi youtube dan search 'Najwa Latif'. Setakat ni aku dah download lima video dia, dan asyik pasang video tu like almost 24/7. Budak ni comel dan style dia sangat simple. Aku rasa dia ni memang boleh pergi jauh dalam bidang seni ni, macam Yuna dan juga Ainan Tasneem. Aku juga nak ucapkan tahniah kepada Najwa kerana seawal usia 16 tahun, dia bakal melancarkan single pertamanya - Cinta Muka Buku.

Najwa Latif

Makin lama, makin ramai artis yang lahir dari YouTube. Ni terbukti yang ramai rakyat Malaysia ni berbakat besar. Kita ni sebagai rakyat Malaysia sejati yang bertoleransi *Ececehh, kita harus menyokong orang macam diorang ni. Mana lah tau diorang ni boleh mengharumkan nama negara kita di mata dunia kan? Janganlah asyik nak menyanjung orang asing, bangsa sendiri asyik dikutuk dicerca. Betul tak? 

Hmm teringin sangat nak pandai main gitar, Najwa boleh ajarkan tak? Hihi dah tua bangka macam ni baru nak belajar. Tangan pun dah keras, tinggal angan-angan je lahh. T..T

5 comments:

  1. tangan kiri kau x keras lagi..maybe bleh belajr lg kalo ko nk..:P:P:P:P

    ReplyDelete
  2. awesome ! ;)

    ReplyDelete
  3. *bubu*ayu* , agak kuang hajaq naaa. haha
    iekaieko , budak ni memang ohsemm pun :)

    ReplyDelete
  4. best lah ada bakat macam najwa ni..
    kalo i ni.. bakat apa pun tadak =_=

    ReplyDelete
  5. Tau takpe, mmg besttt. Setiap orang ade keistimewaan sendiri la. Sis tak jumpa kelebihan diri sendiri lagi tu ^^

    ReplyDelete