Wednesday, May 25

Sabtu lepas punya cerita -

Assalamualaikum dan Selamat-Sejahtera

Setelah berhari-hari duduk kat rumah, Sabtu yang lepas aku pergi berjimba-jimbo dengan Mr.Pakwe. Ye, ini Sabtu lepas punya cerita, dan sekarang baru nak tulis sebab takde mase nak tulis entry baru. Hmmph mungkin lebih sesuai kalau tulis kat sini --> takde mood nak menaip. Addoi kenapa eh selalu takde kerajinan nak menaip kat blog sendiri? Yang peliknya, berjalan-jalan kat blog orang lain kemain lagi rajin. Dari pagi sampai ke malam dok baca blog orang. Bukannya takde idea, tapi takde mood. Last-last idea tu hilang macam tu je. Lepas tu blog ni pun kusam lah tanpa entry baru. Ade sesape boleh bagi tips untuk rajin menaip tak? ^^

Berbalik pada topik asal, Sabtu lepas aku keluar jejalan dengan Mr.Pakwe. Disebabkan kesihatan aku yang kurang baik, kitorang cuma jejalan dekat TS je. *TS lagi, muntah darahh wehh, takdak tempat lain ke? T__T

Boleh pandang pandang , jangan pegang pegang. *Chewahh ^^

Kitorang tengok cerita Nur Kasih the Movie. Pada pendapat aku cerita ni boleh tahan laa. Ade lah jugak part yang sedih menusuk kalbu tu kan. Tapi ending cerita ni aku tak faham sangat lah. Boleh sesiapa bagitau aku tak? Hmm lepas tengok movie, kitorang shopping sikit-sikit. Bila dah petang tu, kitorang naik lrt gerak pergi Dataran Merdeka sebab nak tengok CITRAWARNA 2011. Hujan sangat lah lebat time kitorang sampai kat lrt Masjid Jamek tu. Bila hujan dah reda, kitorang jalan pergi Dataran Merdeka. Time tu tak ramai orang lagi. Kitorang pilih tempat duduk atas sekali. Tapi disebabkan hujan renyai, yang aku nampak hanyalah pemandangan payung-payung-payung-payung orang yang duduk kat bahagian bawah bawah. Dalam pukul 9.00 p.m baru lah acara start. Kesian pulak aku tengok semua penari yang dah ready berdiri  dekat sejam kat depan tu. 

Yang kanan sekali, my girlfriend :)

Tarian yang paling aku suka malam tu ialah tarian gendang, iaitu tarian pembukaan. Bahu aku turut bergoyang tanda protes aku pun nak menari jugak kat bawah tu. Atas ni gambar kawan aku, dia salah seorang penari tarian gendang malam tu. Wehh ZIANA BEE yang cantik lagi mantopp, serius muka kau lain dohh malam tu. Tak nampak langsung macam budak hingusan HAHAHA. 

 Sampai sini jela aku nak membebel. Nak sambung menangis kesat hingus kat bantal sebab tak dapat menari kat CITRAWARNA hari tu. Bai bai! 


*Dua hari lepas aku pitam dalam lif, sedar-sedar je dah terbaring atas lantai. Kenapa agaknya ya? =..=

4 comments:

  1. i pun pg gak.. tp tu lah hujan.. =_=

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal. Kalau tak hujan mesti start awal, n mesti best gilaa.

    ReplyDelete
  3. asal KL sllu hujan ni hukhukhuk..
    tganu ni panas je ;(

    ReplyDelete
  4. Tapi sekarang dah start musim panas balik lahhhh =..=

    ReplyDelete