Monday, May 16

Semester 1 - TAMAT

Seiring dengan keputusan peperiksaan yang sudah diketahui, saya mengumumkan kehidupan saya sebagai pelajar Semester 1 di Politeknik Sultan Idris Shah telah pun tamat. 

Hoorayyyy ! ^_____^

Oopss, sebelum tu, Assalamualaikum dan Hello semua. Sihat tak? Hihi macam biasa, dah dekat seminggu aku tinggalkan blog ni 'berhabuk' macam tu je. Aku bukan busy, tapi aku memerlukan mood untuk menulis. Sekarang nak cerita pasal ringkasan kehidupan aku sebagai student Sem 1.

 Aku sangat bahagia di tempat baru yang very the kampung ni. Poli ni jauh dari pekan, line pun kadang-kadang macam haremmm, hari-hari makanan yang sama kat kafe, cuaca yang sangat-sangat-sangat-sangat panas, dan TAKDE PUBLIC TRANSPORT LANGSUNG DALAM KAWASAN TU, kalau nak outing pun kena naik prebet sapu. Okay, kalau korang boleh hidup tak? Mesti korang cakap --> Gilaaaa. Kalau aku, sumpah aku taknak masuk kat situ. Oh macam tu jugak la kebanyakan student poli ni cakap sebelum diorang masuk situ, termasuk lah aku. Keputusan untuk masuk poli ni aku buat saat-saat akhir. Aku ada dua lagi tawaran selain poli tu - UiTM Machang and UniKL Masai. Ye kedua-duanya sangat jauh dari tempat aku, tu lah faktor utama aku memilih untuk terima tawaran poli je. 

Masa otw nak pergi mendaftar kat poli, aku asyik fikir apesal lah ceruk gila poli ni? Boleh ke aku hidup dalam ni? Tu persoalan pertama aku. Kalau korang tak percaya yang poli ni ceruk gila gila gila, korang google tempat ni sekarang. Lihat lah betapa jauhnya poli tu dari pekan. Haha hebak, memang terbaikkk. Minggu orientasi pulak dijalankan masa minggu yang cuacanya super duper extreme HOT! Lepas tu senior tu bantai pulak selalu dok jemur kitorang kat belakang Pusat Islam, panas nye tak payah cakap la. Sampai semua budak yang dijemur menghadiahkan senior yang incharge makian yang special punya. Haiya senior, lu langsi lu mati tau? Jangan main-main sama gua. Sikalang gua pegang ini Sabak, lu tau? *Okay pedulikan, ini merepek.

Lepas beberapa minggu dok kat situ, aku mula rasa seronok. Dapat ramai kawan baru, pengalaman pergi kuliah, polibriged and macam-macam lagi la. Sebenarnya aku tak kisah langsung pasal lokasi poli tu. Tak kisah langsung jauh dari pekan. Bagi aku, suasana tempat ni sesuai sangat untuk aku study. Aku suka sebab ada pantai kat belakang poli, ada tasik kat dalam poli, ada lembuuu. Poli korang ade ke? Takde kannnn? Hihi.

Aku seronok sebab budak-budak sekelas dengan aku hampir semua sekepala. Kitorang mengamalkan prinsip 'study smart, bukan study hard sampai pecah pale otak'. Kawan-kawan aku rajin study, aku tak. Bila diorang study, aku pun semangat jugak nak study. Sebab tu aku sayang diorang, diorang rajin. Aku suka. Bila dah penat otak, kitorang main. Macam-macam kitorang main. Main tendang dinding sampai budak-budak aras atas semua ingat bunyi guruh kuat. Main air selalu sampai budak-budak aras atas dengki, dorang report kat warden.  Selalu main badminton, tuju selipa, main dgn anak-anak kucing -> tebu, sawi,harun,gojes dekat tengah blok. Budak aras atas dengki sebab dekat aras atas takde padang kat tengah-tengah. Budak aras bawah je best, padang tengah tu kitorang yang punya. Budak aras atas benci kitorang kot? Haha rindu semua tu. Rindu budak-budak DKA1B. Rindu roomate aku yang dua-dua pelik tu. Rindu nak usik diorang, gaduh-gaduh manje. Rindu nak tengok kaki Huz goyang-goyang time tido. Rindu nak tengok Diba mengigau hampir setiap malam. :')

DKA1B sesi Disember 2010
*Sila klik gambar untuk tumbesaran sihat :)

Bila final dah dekat, study sama-sama, tengok movie sama-sama, main macam-macam benda sama-sama. Bila blok sunyi, kitorang yang riuhkan. Hihi bila dapat result, kitorang tersenyum gembiraaa. Aku dapat pointer 3.++. Walaupun result tu tak capai target aku and belum tahap membanggakan, tapi impian AKJ aku dah tercapai. Yes, mak aku bangga. Family aku bangga. Mr.pakwe bangga. Aku gembira. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah sebab bagi aku peluang menjalani kehidupan baru kat sini. :')

*Sorry, banyak merepek. Thanks sebab baca entry bosan ni :)

9 comments: