Wednesday, June 16

Rumah Pertamaku | Residensi KUCHAIMAS

*Lap habuk*

Assalamualaikum! Last entry aku post dalam blog ni adalah pada tahun 2017, maknanya dah tiga tahun blog ni terbiar. Walaupun blog ni krik krik je takde yang baca tapi nak jugak menulis pastu biar diri sendiri je baca tua nanti hahahah.

Btw kalini nak cerita pasal rumah pertama yang aku beli iaitu Residensi Wilayah, sebelum ni dikenali sebagai Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP). Masa apply rumah ni dulu aku blur sebab tak banyak info & tak ramai blogger yang tulis pasal rumawip ni. So harap post kalini sedikit sebanyak membantu korang yang nak apply Residensi Wilayah ni. Ni step aku apply rumawip ni:-

1. Register online dekat website Residensi Wilayah

Kalau tak silap boleh apply maksimum tiga project. Memula aku apply Tasikmas dengan Jalilmas (harga 198K), bila status dah bertukar ke LAYAK MEMOHON, boleh print segala dokumen yang diperlukan untuk submit dekat DBKL. Cara lain, korang boleh submit borang direct dekat developer tapi masa submit tu dah kena bayar 10% deposit. 

Senarai semak RUMAWIP

Lepas dah 2-3 bulan submit takde khabar berita, aku pun call lah DBKL tanya status permohonan. Rupa-rupanya dedua projek unit dah sold out wuuuuu punya lah laju sis kuciwa teruk. Lepastu aku pun bukak website rumawip balik tengok mana projek mana yang masih available, kebetulan ada baru projek baru bukak - Kuchaimas. Aku pun laju-laju apply & prepare dokumen pastu terus submit dekat DBKL. Kalini DBKL advice terus check status dengan developer kalau nak cepat.

Iklan Residensi Kuchaimas

2. Undi unit di pejabat developer

Lepas sebulan submit dokumen, 28 Jan 2018 aku call developer untuk check status. Dorang kata permohonan dah lulus dan boleh datang untuk undi unit & perlu bawak deposit 10% (RM19.8K). Buat bank draft, lepastu pergi office Aset Kayamas untuk balloting (Part susah payah nak kumpul duit deposit tu aku skip jela eh hahaha). Lepas dah bayar deposit & undi no rumah, terus sign S&P dengan lawyer panel. 

Undi dapat level kayangan. Sis redha hahahah
Sign S&P dengan panel lawyer

Memula terkedu jugak sebab dapat level kayangan sebab aku jenis gayat yeee tapi sedapkan hati 'kalau projek perumahan lain lagi tinggi rumah lagi mahal harga' so kira untung lah kan dapat level tinggi ni hahahah. Lepas dah sign S&P, diorang bagi masa 30 hari untuk apply loan. Diorang ada bagi list panel bank untuk kita apply. Aku pun contact hampir semua list bank tu & submit application. Jangan risau zaman sekarang ni apply & submit dokumen semua melalui email je pun boleh. Tak perlu susah-susah nak pergi setiap bank untuk apply. 

3. Mohon pinjaman dengan bank panel 

Masa apply loan ni aku ada buat silap sikit sebab gopoh. Affin bank approved loan aku then aku terus terima. Patutnya kena tunggu semua bank respons dulu then compare yang mana paling berbaloi ye dak? Tapi disebabkan risau nak cepat settlekan sebelum 30 hari tu habis aku pun terus sign je dengan Affin. Selang beberapa hari lepastu RHB pulak contact kata loan aku lulus (90% with lower interest rate than Affin) tapi tu lah nasi dah jadi bubur huhuhu. Yang tak bestnya loan aku dgn Affin tak cukup 90%, aku cuma dapat 88% so aku kena topup cash lagi RM3200. Kayap betul dah aku masa ni hahaha.

4. Stamp duty, lawyer fee

Masuk part bayar lawyer fee pulak. Macam kes aku ni kena bayar lebih kurang dalam RM4K gitu (ye keluar duit lagi huhu). Dah settle bayar lawyer fee tu tunggu jela lawyer contact untuk korang amik copy S&P yang dah stamping, part ni aku tunggu lebih kurang sebulan lebih gitu pastu baru lawyer call untuk datang collect. Bila dah dapat copy S&P tu boleh lah fikir pasal nak keluar akaun 2 KWSP pulak untuk support balik duit simpanan yang dah kering kontang tu. Part ni aku buat separate blog post lah kot (kalau rajin).

Macam ni lah rupa S&P tu

Panjang liku onak duri nak dapatkan sebuah rumah ni ye. Nak rumah murah punya pasal kan kena la usaha lebih sikit. Rumah murah pun tapi koyak jugak la poket nak proses memula dapatkan rumah tu hahaha. Cuma lega sikit ada masa lebih dua tahun sebelum rumah tu siap so ada masa nak kumpul duit balik. Sepatutnya April 2021 boleh dapat kunci rumah dah, tapi disebabkan pandemik sekarang ni so confirm ada delay. 

Lagi satu aku tak sangka rumah ni dekat je dengan rumah parents aku. Dalam 10 minit gitu dah boleh sampai. Sebab memang masa apply tu projek ni je yang tinggal untuk harga RM198K so memang rushing nak berebut tak fikir dah dekat ke jauh hahaha. Alhamdulillah sangat. Pape pun Alhamdulillah one tick on my bucket list, beli rumah sebelum umur 30 :)

Friday, February 17

Bayar PTPTN Guna E-Pengeluaran KWSP


Assalamualaikum & hai semua! 

Harini mood rajin datang nak bersihkan sawang dekat blog ni. Memandangkan aku excited baru lepas bayar tunggakan PTPTN semalam, so aku nak share dgn semorang betapa senang nya nak apply e-pengeluaran ni. Apply online je uols! Semuanya di hujung jari je zaman sekarang. Takyah susah susah pergi beratur & isi form manually sampai berlecah ketiak. No no tak perlu dah. Ikut je step kat bawah ni haa.

1) i-Akaun KWSP

Firstly, korang kena make sure yang korang ada i-Akaun KWSP. Tapi kalau takde akaun lagi, jangan khuatir jangan bimbang jangan risau. Pergi je dekat website KWSP dan tekan kat bahagian i-Akaun Activation (First Time Login) lepastu isi Member Id No. (No IC korang) dengan 6 Digit Activation Code (yang ni kena call EPF Management Centre 03-8922 6000 untuk dapatkan kod pengaktifan). Lepas dah dapat kod tu, terus je login macam biasa.

2) e-Pengeluaran

Bila dah berjaya login tu, korang klik kat bahagian WITHDRAWAL/PENGELUARAN lepastu klik dekat NEW APPLICATION/PERMOHONAN BARU. Next, isi permohonan e-pengeluaran, pilih EDUCATION/PENDIDIKAN, lengkapkan permohonan hingga langkah ke-5. Jumlah pengeluaran tu ikut suka korang la nak bayar berapa. Kat situ dah tulis siap siap had pengeluaran berapa. Aku cuma keluarkan untuk bayar semua tunggakan pinjaman PTPTN yang dah jadi lebih dari 4K tu. Haha. Lepas korang dah submit permohonan tu, tunggu je sms dari kwsp macam kat bawah ni. Aku submit application 14th Feb, dapat sms ni 15th Feb. So sehari jela tunggu. Yeee sehari je gaisss.




3) KWSP

Okay untuk langkah terakhir ni, korang kena pergi KWSP untuk pengesahan cap jari. Sekali lagi jangan khuatir jangan bimbang jangan risau, sebab untuk pengesahan cap jari ni, korang akan dapat no giliran untuk fast lane. Macam aku, lepas dapat sms tu, aku pergi pejabat KWSP keesokan harinya (16th Feb). Lepas je ambil no giliran terus kena panggil walaupun boleh tahan ramai orang masa tu (pergi time lunch hour). Memang kejap je tunggu. Serius tak sampai dua minit pun. Oh hampir terlupa, dokumen yang korang kena bawak masa pengesahan cap jari tu cuma lah sijil graduasi dan I/C (original dan copy) tapi standby je bawak transkrip sekali mana tahu pegawai tu nak copy. 


Lepas dah settle sah kan cap jari dengan dokumen sokongan tu, pegawai KWSP tu kata pengeluaran bayaran tu akan diproses dalam masa 2 minggu. Siap dah gais. 3 simple step sahaja. Dan e-Pengeluaran ni bukan untuk pendidikan je tau, tapi ada juga untuk perumahan, kesihatan, etc. Semuanya di hujung jari. Mudah kan? :)




********************************************************



*UPDATE 25th Feb 2017*


Klik untuk tumbesaran sihat


Alhamdulillah dah dapat email dari PTPTN. Sooooo settle dah semua tunggakan. Tak sampai dua minggu pun tunggu. Lepasni harap diri sendiri istiqamah bayar setiap bulan. Amin! Huhu 

Tuesday, June 30

Kereta Pertamaku | My First Car

Assalamualaikum & Hai uols!


Harini nak cerita pengalaman beli my first car, hasil titik peluh di ketiak sendiri. 

Aku apply for Axia Advance masa November 2014 yang lepas, hujung Januari 2015 baru lah kereta aku keluar. Axia Advance, warna Lava Red (Metallic) , WB *** C. Masa tu ada team Perodua Sg Besi bukak booth kecil kat tepi tempat kerja aku ni, aku terus apply je sebab masa tu mmg dah ada niat nak apply loan kereta, cuma belum berkesempatan nak pergi showroom Perodua. Dah alang-alang diorg bukak booth tu, aku apply jelah terus. 

Masa nak apply loan tu, aku tak ambil lesen lagi. Family aku pulak takde sorang pun sudi nak jadi guarantor aku walaupun aku dah pujuk diorang dengan air mata pelesu. Kehkeh. Dokumen yang aku bagi memang semata-mata slip gaji je (& beberapa dokumen asas lain la). Masa isi borang order tu, abang tu asyik hasut aku supaya beli Myvi. Well maybe masa tu dah nak hujung tahun, so diorang nak kejar sales sebab nak bonus meletops -- kalau aku beli axia, lambat sikit dapat sebab kereta baru stok tak banyak so kena tunggu turn. Tapi aku cakap dengan dia, yg aku memang nak Axia. Lepas beberapa hari aku submit loan tu, ada orang dari cimb called kata yang loan dah lulus untuk Myvi. 

"Eh Myvi? Tapi saya apply for Axia." 

"Eh yeke? Agent awak submit loan awak untuk Myvi"

Sesuka hati dia je kan? Rasa macam nak _______ je. Haha. So aku call agent tu explain bebaik lagi sekali kat dia yang aku insist nak AXIA ADVANCE, WARNA MERAH! Lepastu submit lagi dan Alhamdulillah takde masalah, senang je lulus. Cuma nak tunggu stok kereta tu je yang lambat. Al-maklumlah masa tu kan Axia baru je diperkenalkan. Kena lah tunggu turn.


Why Axia? Why not Myvi? Soalan yang susah betul aku nak jawab. Soalan ni sama je macam soalan "Kenapa pilih Hussnor? Apa yang bagusnya pasal dia?". Susah gila tau nak jawab soalan mcm ni. Haha. Well sebenarnya kita tak perlukan specific reason untuk suka benda/orang. Macam mana nak explain eh? Love at first sight? Ataupun bila kau tengok benda/orang tu, hati kau suka sangat. Pahe dok? Ke tak faham? Bukannya aku tak suka Myvi, cuma nya kakak aku dah pakai Myvi. Kekawan pun ramai yang dah beli Myvi. So apa salahnya aku beli kereta lain kan? Kalau aku pilih Myvi, aku akan beli Myvi SE 1.5/ Extreme, sebab dah alang-alang membeli, aku memang akan pilih yang terbaik. Dari dulu aku memang minat Myvi SE kuning tu, tapi harga dia bukannya murah.

Lagi satu, matlamat asal aku cuma nak beli kereta murah. Sebabnya aku ni banyak komitmen, banyak lagi benda lain yang aku kena tanggung. Plan asal nak beli Myvi second-hand je. Tapi lepas fikir masak-semasaknya, lebih baik ambil kereta murah tapi full spec (Advance). Percaya atau tak, aku beli kereta ni tanpa test drive atau pun pergi tgk kereta kat showroom. Aku cuma google serba sedikit, dan aku rasa aku memang suka dan nak dekat kereta ni. Huhu. Aku ni memang jenis suka beli barang murah, tapi puas hati. Tak kisah la banyak mulut yang mengata aku beli kereta murah ke, pakai baju bundle ke, pakai kasut takde brand ke. Lantak pi lah orang nak kata apa pun. 



Pasal harga pulak, down payment 10% (RM4+++), bulanan RM460 for 9 years. Tak murah dan tak mahal. Memandangkan takde guarantor, kena bayar jugak lah down payment tu. 27 Januari 2015, kereta tu pun dah ready untuk diambil. Masa tu mak aku kat icu, so masa ambil kereta tu memang takde rasa excited sangat la. Gembira sikit-sikit je. Huhu.

Rasanya tu je kot yang aku nak cerita. Nak pilih kereta ni senang je, ikut kata hati, ikut budget sendiri. Jangan ikut nafsu semata-mata nak menunjuk dekat orang. Ye dak? 

Thursday, May 28

#husnolyEday

Assalamualaikum semua! 

Harini nak cerita pasal #husnolyEday bulan lepas (ye aku memang suka cerita benda yang basi pun). Walaupun sebenarnya pertunangan tu tak berapa baik kalau dihebahkan, tapi aku nak jugak abadikan cerita tu kat sini (sebab aku tau takdak sapa pun baca blog ni. Lebih lebih lagi bila dah tukar url blog ni). Bila dah tua kerepot nanti boleh lah baca sesama dgn suami (insyaAllah) lepastu keluar la dialog "Abg ingat tak masa majlis tunang kita, bla bla bla", tak ke romantik gitu? Ke rasa nak muntah? Hahaha.  

Anyways, kitorang bertunang 5 April 2015 haritu dekat dewan bawah blok. Almaklum lah rumah I kecik je tak muat nak sumbat ramai orang. Plan semua last minute dan buat serba sederhana je. Hampir semua benda diy atau pun idibm (i did it by myself) gitu. Sewa barang pelamin kat yourdiyprojectsupplies lepastu pasang sendiri dgn harga yang sgt murah which is cuma RM160 satu set pelamin mini, hantaran semua hasil idea aku & mak aku, baju pulak beli yang ready made je & sangat simple dari Lesung Creation kat Ampang Park. Tudung/veil aku pakai wide shawl biasa tapi aku jahit sulam (sulam kecik cantum jadi besar) dekat bahagian hujung shawl tu. Makeup pulak FOC sebab mak andam tu merupakan kakak aku sendiri (kakak aku bekas mak andam). Huhu. Itu je. Simple.

Majlis ni cuma dihadiri keluarga dan 4-5 girlfriends sebab memang taknak heboh pasal pertunangan ni and lagi satu memang nak buat majlis ni secara tertutup je. Tapi kekonon je taknak heboh. Dunia sekarang ni semuanya dihujung jari. Ada je yang gatal tangan update kat fb insta twitter. Lepastu ramai yg merajuk sebab tak jemput. Alolo :(

Kalau diikutkan, nak tunang masa hari nikah je, tak payah buat majlis banyak kali kan? Tapi akhirnya buat jugak atas permintaan mak HMF, nak buat majlis tunang bulan dalam bulan April tu.  Ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung jari kaki kalau ada yang terasa hati sebab aku tak jemput. Sorry guys T.T nanti majlis kawen mesti aku jemput punya lah!  



Bakal mil kita.  InsyaAllah 











by Norliyana Kartini Usman ♥

Thursday, September 11

Istiadat Konvokesyen ke-9 PSIS (Sidang 1)


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum & hi semua!

Setelah hampir dua tahun blog ni terbiar, aku buat keputusan nak bersihkan sawang kat blog ni dan menulis balik. Semuanya disebabkan aku rasa instagram/ fb/ twitter tak cukup untuk aku semadikan kenangan konvo kat PSIS baru baru ni.

Kalau nak diikutkan, memacam benda aku nak share kat sini. Pengalaman belajar kat PSIS selama tiga tahun, banyak benda aku dah belajar -- baik mahupun buruk. Tapi mungkin lain kali je kot aku cerita. Sebab post kali ni khas untuk ceritera konvokesyen sidang pertama PSIS yang berlangsung 2 September 2014 (minggu lepas punya kisah, harini baru nak update. Puih). Setelah hampir setahun tamat zaman diploma, baru lah merasa nak konvo. Oh ya, majlis konvokesyen kali ni berlangsung selama tiga hari disebabkan ada tiga batch yang konvo sekali gus. So sidang yang pertama ni, untuk JKA & JKE

.


Antara beratus gambar konvo, gambar ni yang aku paling suka! Alhamdulillah. Walaupun anugerah yang aku dapat ni tak seberapa, tapi aku bangga dah buat mereka tersenyum melihat aku. Aku bangga bila kakak aku cerita yang mak ayah aku excited pilih bunga yang terbaik untuk aku. Aku bangga bila mak aku cium dahi aku. Aku bangga bila ayah aku peluk aku erat. K ni yang nak nangis ni. Hm. 




Okay perkenalkan kekawan study dari sem satu sampailah sem akhir -- Simaa Liya Kakmimi Haziq. Diorang ni lah antara pembakar semangat aku. Diorang kawan aku yang paling kuat study. Bila tengok diorg sepanjang masa asyik study, automatik diriku tercabar lalu ambil nota dan study jugak. So diorang ni memang antara sebab aku jadi rajin (rajin ke?). Bersaing secara sihat lah konon. Hahaha. 

Because I'm happy

Penerima PKJ pada Istiadat Konvokesyen ke-9 dari Diploma Kejuruteraan Awam PSIS

Dengan ini saya mengumumkan saya telah berjaya menamatkan zaman diploma dengan cemerlang gemilang terbilang dan berjaya menjadi salah seorang (daripada 3 orang) penerima Pingat Ketua Jabatan dari Diploma Kejuruteraan Awam. Alhamdulillah! Nampak tak dapat banyak bunga tu? Wahaha jutaan terima kasih kat family dan kekawan yang datang tunggu kat depan dewan dlm cuaca yang sangat panas. Terharu sangat tauuu. Muah ciked :*


Pingat Ketua Jabatan

Ingat lagi masa baru habis orientasi kat PSIS, dengar ucapan En. Nizam (KJ) kat dalam Panggung Syarahan. Masa tu KJ ada sebut pasal AKJ & PKJ, aku terus berkobar kobar kononnya nak cabar diri supaya dapatkan AKJ setiap sem. Lepastu gelak sesorang sebab rasa macam -- "Eh berangan lah kau Tino". Tapi Alhamdulillah dapat jugak walaupun bukan setiap semester. Kecewa jugak sebab semangat tu kuat masa sem 1 & 2 je. Lepastu kerajinan makin kurang. 



Tak tau nak terharu atau nak gelak tgk gambar ni


Harta dunia akhirat.

Yay dapat bunga famous amos! :D


Sisterhood


Keluarga YUSMAN. Buah hati pengarang jantung.

Anak anak mama yang berebut rebut nak bagi mama bunga



Sweet gila bestfriends ite datang surprise kan ite
Berjuta juta juta terima kasih datang tengok kita konvo. Rasa macam eh terharunya sampai tiga buah kereta datang nak tengok kita konvo. Malu kita tau. Haha. Yang kekonon sweet tu, tiga orang kawan baik kita datang mengejut kekonon nak surprise kan kita. okay memang terkejut sikit tgk korang datang. Thanks sebab datang. Thanks sebab bagi hadiah. Sayang korang angat angat. Bersyukur ada keluarga n kekawan mcm ni tau.


Asal konvo je mesti nak baling topi, asal baling topi je mesti konvo. Bosan.

Classmates

DKA 1 & DKA 2

Kawan terbaik


Kekawan, berakhir sudah perjalan diploma kita kat PSIS. Lepasni harap memasing tak menyombong la eh. Korang antara kawan terbaik yang pernah aku ada sepanjang 22 tahun hidup ni. Kawan susah senang. Kawan yang ada bila aku tengah sedih. Kawan yang bagi nasihat bila benda tu salah (walaupun guna cara sarcastic haha). Kawan yang sekepala bila tetibe rasa macam nak pergi Pangkor pukul tiga pagi. Korang memang terbaik lah! Lapchu ols <3 


Pingat aku, pingat HMF

Okay yang ni last. Dear HMF, kita tak marah pun sebab kamu tak dpt datang tgk kita konvo. Kita faham. Ni lah cabaran bila bercintun dengan askar kan? Tapi kita harap kamu tetap tak lupa bagi kita hadiah bila kita jumpa nanti k? Hadiah beso beso sikit eh? Hiks. 1437





Wednesday, November 14

Wordless Wednesday #1



Doa Awal & Akhir Tahun










Doa Awal Tahun baca selepas asar/ sebelum maghrib, doa Akhir Tahun pulak baca selepas maghrib. 
Jangan lupa baca ye? Salam Maal Hijrah :)



Monday, December 12

Bersyukur

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak share kegembiraan aku dengan korang. Alhamdulillah, i've got the dean list again. Bersyukur dan tak sangka sangat-sangat. Sem dua yang agak stress dah berlalu dan memberikan hasil yang sangat membanggakan parents aku. Cuma ada satu subjek je *MEKANIK STRUKTUR aku dapat B+, yang lain A dan ada dua subjek yang A- . Aku takmo printscreen result aku, sebab nanti orang cakap aku takbur. Thanks dekat Athirah Baharin sebab bagi aku link nak tengok result tu ya :)




Serius, memang di luar jangkaan. Sem dua ni memang susah dan aku tertekan gila. Sampai roomate aku pun ada cakap - 'tak pernah tengok kau study gila-gila macam ni'. Dinding sebelah katil aku penuh dengan nota konkrit n kontrak. Dinding sebelah meja study pulak penuh dengan nota mekanik n survey. Asal celik je mata dok baca nota. Wuuuwuuuu tak sangka gila aku rajin macam ni. Sem ni bila dah dekat nak final aku dok study sampai 2 pagi. Kalau tido awal pun, pukul 4 pagi aku dgn roomate aku dah bangun nak study. Actually ni bukan rajin, tapi study last minute. Nak habiskan semua topik sebelum exam bukannya senang. Lagi dua hari nak exam tu la baru nak pergi pinjam nota orang lain. Haihh terukkk perangaiii T___T





Thanks ye kat sapa-sapa yang ucap tahniah dekat aku. Tahniah jugak kat korang. Kita dah sama-sama usaha, so kita redha jela ye dengan result kita. Buat camane pun gitu jugak lah result kita, takkan berubah. Masih ada lagi 4 sem nak kena pulun, 4 sem lagi nak kena perah otak. Takutnyaaaa =..='

Yang paling aku terharu, subjek CC201 -Engineering Survey 2 aku dapat A. Tau tak subjek tu killer? Hmph bukan nak berlagak ke apa, tapi aku betul-betul terharu. Sebelum exam tu lecturer survey ada text aku, dia cakap - 'Buat elok2 yea kartini. Anda adalah antara calon harapan untuk dpt 4 flat'. Alhamdulillah mulut dia masin. Thanks sebab percaya kat saya ye En.Izzuddin, En.Saiful dan En.Ibrahim :)






*DKA3B dan DKA3A, Sem 3 ni kita usaha sama-sama ya. 
Gambateh! Good Luck kat semua :DD


Tuesday, December 6

Saengil Chukha Hamnida ♥



Salam. Post ni khas ditujukan buat anak buah aku, Nur Fildzah Nazifa dan juga my best friend forever, Nabila Tarmizi.

Happy Birthday, dear. May this year be your best ever. Hope your birthday blossoms into lots of dreams come true. I love two of you and i always do >.< Sorry sebab letak gambar muka yang sememeh macam tu. Actually tu gambar dua tahun lepas kalau tak silap. Aku letak je lah apa yang ada, sebab nak amalkan recycle dalam kehidupan seharian *puii. Haha




Diorang ni lah birthday girls. Comel je dua-dua ni. Dua-dua aku sayang tau. Sorry sebab tak dapat nak hadiahkan Lamborghini atau pun Ferrari kat korang. Tunggu aku dah kaya nanti, baru lah boleh bagi hadiah rumah barbie mainan sorang sebijik. Hihi. Insyaallah esok kalau ada duit lebih aku bagi Cadbury ya 

6 Disember 2011 - May today be filled with sunshine and smiles, laughter and love. ^___^

Thursday, December 1

Resepi #1 - Puding Trifle

Hai peeps, hello Thursday and welcome December! Disebabkan cuti semester kali ni pendek, so aku tak kerja. Bila aku tak kerja, aku sangattttt lahhh bosannnnnnnnn.


Aku rasa macam nak belajar memasak. Tetttt!


Haaa semalam kemain lagi search macam-macam resepi kat google. Setelah berjaya mengumpul seberapa banyak resepi, hari ni aku mulakan resepi yang pertama - PUDING TRIFLESo hari ni, my'olls nak ajar u'olls buat puding triffle ye. U'olls sila sediakan pen dan buku nota untuk catat resepi ya. Hihihi. First sekali mesti sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Kesemua bahan tak sampai RM50 pun, murah dan senang je nak cari.

1 cawan tepung kastard
3 cawan air
1 tin susu cair
Gula dan garam secukup rasa
 1 tin buah-buahan campur
1 peket agar-agar
Kek / kek gulung

#1 Potong kek mengikut saiz bersesuaian dan susun di dalam bekas.
#2 Masak susu cair, gula, garam dan masukkan tepung kastard. Gaul berterusan 
sehingga bancuhan betul-betul pekat.
#3 Tuang bancuhan kastard tadi ke dalam bekas yang telah disusun kek dan ratakan.
#4 Susun buah-buahan mengikut kreativiti di atas lapisan kastard tadi ( buang air buah )
#5 Panaskan agar-agar dengan air mengikut sukatan yang betul. Kemudian tuang bancuhan
 agar-agar ke atas lapisan kastard dan buah. 
#6 Simpan kat dalam peti sejuk. Selepas 3-4 jam, boleh di makanggg :D


Cantik n sodapp :D

So how was it? Cun gila kan? Rasa dia sedap gilaaaa wehhh. Kakak aku yang ajar buat puding ni, aku tak refer resepi google pun. Serius senang je nak buat. Puding ni ada tiga lapisan - lapisan kek, kastard dan agar-agar. Bila masuk mulut, yummy and tummy very happy. Hewhew. Sesiapa yang tak faham jangan segan-segan nak tanya okay. Sharing is caring. Ringan-ringan kan tangan tu mencuba n good luck ya! >.<





*Lepas ni nak try buat kek oren, mini cheesecake, donat, kek coklat. 
Aaaa macam-macam lagi la. Rambang mata dah ni. Hoho :O

Saturday, November 26

Dulu 8, sekarang 7

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam. Dah lama gila aku tak update blog aku ni. Blog ni dah takde seri, bersawang, berkulat, dan berulat dah pun. Sekarang ni pun sebenarnya mood jari ni nak menari atas kekunci lappy tak berapa nak ada, tapi aku gagahkan jugak. 

Perkembangan aku sekarang ni, Alhamdulillah baru je dua hari lepas habis final exam semester dua. 22 Dis ni akan mendaftar untuk semester tiga pulak. Exam hari tu aku agak terkilan, banyak sangat yang aku cuai. Harapan untuk dapat dekan lagi sem ni nipis. Nipis sangat. Sampai sekarang  tak puas hati dengan pencapaian aku masa exam haritu. Tapi asalkan takde paper yang kena repeat nanti, aku patut bersyukur. Haihh bila fikir pasal final exam haritu mesti kepala berdenyut.

Back to the title of this post, Dulu 8 sekarang 7. Masa kat sekolah teknik dulu, aku ada geng. Geng lepak sekali kat dorm, lepak sekali kat meja prep, lepak sekali kat meja dining. The Alphabet. Semua sekali ada 8 orang termasuk aku. Geng yang famous kat sekolah. Sering jadi bualan budak-budak lelaki. Sering dipanggil bohsia murahan. Tapi kitorang buat bodoh je. Malas nak ambik tahu. Kitorang hidup dalam dunia kitorang sendiri.


All for one, one for all.

Oh ya, kenapa dulu 8 sekarang 7? Sehari sebelum peperiksaan akhir haritu, aku dapat berita dari Sasa yang Emy masuk ICU. Hati aku terus jadi tak sedap. Study pun tak masuk pape. Petang tu Sasa kol lagi, kali ni dia menangis teruk. Innalillah, Emy dah takde. Air mata terus mengalir, tangan jadi menggeletar. Khabarnya arwah meninggal disebabkan pendarahan dalam otak. Wallahualam. Malam tu aku sedekahkan Yaasin untuk arwah. Terkilan sebab tak dapat nak tengok arwah buat kali terakhir. Bertambah terkilan lagi, kitorang baru je plan nak gather masa birthday Sasa bulan Disember ni. Tapi tak kesampaian. :'(


Al-fatihah.

Arwah baik orangnya. Arwah kuat study, kuat merajuk, tak kedekut, kepoh-kepoh sikit. Kalau lepak sekali dengan dia mesti gelak tak henti. Arwah macam aku jugak, suka warna merah jambu. Hmm banyak kenangan yang kitorang lalui sepanjang dua tahun kat teknik dulu tu.  Kalau sudi, sedekahkan lah Al-fatihah untuk arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat. Walaupun arwah dah takde kat sini, tapi arwah masih lagi di hati kami. Di hati The Alphabet. 

"The Alphabet - lot of <3"



P/S - Salam Maal Hirah to all Muslims. 

Wednesday, July 6

Holiday is over -

Hello tawan-tawan itew yang tomey n encem cemuaa ♥ 

"Holiday is over' <----- Oh Em Geeee! isk isk itew tak ready lagi aaa nak masuk blaja :'( 

Okay cukup lah dengan bahasa geli-geliman tu. Hmmphh cuti selama dua bulan berlalu bagaikan dua hari je. Esok kena pergi daftar untuk sem dua pulak. Serius aku tak ready lagi *kepala berdenyut tanda nak migrain. Hari ni aku sangat busy nak settle kan semua benda. Pagi-pagi lagi aku pergi bayar yuran kat Tabung Haji. Lepas tu start packing baju semua, serius banyak gila macam nak duduk sana terus. Lepas tu pergi beli barang makanan pulak. Lepas tu lepas tu, aaaaa hati berdebar laaaa. Apa yang bakal jadi eh sem dua ni? Harap takde masalah laa. Hmm cepat betul masa berlalu kan? Tapi bagus jugak kalau cepat berlalu, nanti sekejap je dah dapat diploma. 

Semalam shopping barang poli dengan Mr.Pakwe, macam-macam dia beli untuk aku. Terima kasih daun keladi, hari lain belanja lagi ye? Nanti mesti rindu kat awak tau Mr.Pakwe. Kite busy, awak pun mesti busy. Nanti dah susah nak texting 24 jam, susah nak otp dengan awak selalu. Emmm esok dah kena berangkat ke Sabak Bernam.

Time makan dengan kakak and abang aku dekat Sekinchan Ikan Bakar. Thanks 
Asiah dengan Udin sebab belanja kitorang makan eh eh? :D

*Orang yang paling aku rindu nanti - Hayeem Syazwi. Mama mesti rindu kat baby nanti. Baby jangan nakal-nakal tau. Jangan susahkan nenek. Jangan asyik berak je, kesian nenek asyik nak kena basuh. Kalau rindu mama, nanti kita skype selalu okay? Muah pipi kiri kanan, muah kat hidung, muah kat perut. isk :'(

Tuesday, June 7

Beronok-ronok :))

Hai koranggg! Nak tau tak apa yang aku buat Sabtu dan Ahad lepas? Kalau taknak tau pun, kena baca tau! *gedik ^_____^

SABTU - Ikut family aku keluar makan untuk meraikan hari jadi mak aku yang ke-43. Act, birthday mak aku jatuh pada hari Ahad, tapi disebabkan hari Ahad ada antara kitorang yang busy, so kitorang sambut awal sikit. Ehemmm, SELAMAT HARI JADI MAK! Semoga mak panjang umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu ya? I love you mom! Muwachh :*

Kau lah ratu hatiku :)
*Mak maintain comel and gorgeous gitu walaupun dah tua.

AHAD - Ifa ajak aku keluar, act banyak kali dah plan tapi asyik cancel je. At last baru lah boleh jumpa. Aku ajak Nabila, Ifa pun ajak member dia sorang. So kiranya aku ambil kesempatan ni untuk jumpa dengan NABILA YANG SANGAT HOT DAN BUSY DENGAN PIRATES DIA TUH. *Merajuk dengan Nabila. Okay stop merajuk. Hari tu kitorang lepak dekat Subang Parade dan Sunway Pyramid. Cuma jejalan sampai nak patah kaki je, takde buat apa sangat pun. Ifa, selama kita kenal, ni la festaim aku tengok jerawat kau. Kau dah berisi tauu, meh la derma sikit lemak tu kat tangan kiri aku? HAHAHA. 

Ifa, Nabila, Aku, Ika
*Aku tak pasti yang baju kaler maroon tu nama dia Ika atau Fika atau Yika.

Rindu sangat nak keluar dengan my girlfriends Yanie n Nabila T____T . Okay sampai sini je, takde idea nak merepek lagi. Terima kasih sudi baca. Bai Bai -